Ringkasan pengumuman Perdana Menteri
Ringkasan pengumuman Perdana Menteri

Ringkasan pengumuman Perdana Menteri

1 April 2022 – Negara bakal memasuki fasa endemik

1. Pelitup muka masih wajib di tempat awam.

2. Had masa berniaga dimansuhkan (boleh buka 24 jam dan bersahur)

3. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan tetapi tidak di tempat terbuka.

4. Aktiviti ibadah boleh dilakukan tanpa penjarakkan sosial. (sudah boleh rapatkan saf). Walaubagaimanapun ia terletak dibawah kuasa negeri.

5. Vaksinasi – had liputan dimansuhkan. Semua boleh merentas negeri. Pekerja juga tiada had.

6. Had kapasiti 50% melibatkan perkumpulan ramai dimansuhkan. Penjarakan fizikal yang munasabah perlu dilakukan.

7. Sempadan negara dibuka pada 1 April 2022. Rakyat dibenarkan pergi ke mana-mana negara yang turut membuka sempadan. MyTravelPass akan dimansuhkan. Pelancong perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.
– Vaksinasi lengkap – tiada keperluan untuk menjalani kuarantin. Hanya perlu menjalani RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta RTK-Antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
– Tiada Vaksin – Menteri Kesihatan akan umumkan perincian.
– KKM akan umumkan SOP secara terperinci dalam masa terdekat.
Bagi negara yang masih menutup sempadan, rakyat masih boleh menggunakan VTL bagi Malaysia dan negara terbabit. (Singapore, Thailand, Brunei, Indonesia).

(Visited 10 times, 1 visits today)

COMMENTS