Rizal Ghazali rindu Baling?
Rizal Ghazali rindu Baling?

Rizal Ghazali rindu Baling?

Sabah FC memmaklumkan pihak mereka hanya tahu Rizal Ghazali balik ke kampung halamannya di Kedah untuk menguruskan hal peribadi berkaitan keluarga, dan turut tidak mempunyai sebarang penjelasan lanjut serta sebab mengapa pemain pertahanan itu menolak untuk menyertai panggilan skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon.

Perkara itu dinyatakan melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan kelab Sabah FC berkaitan isu Rizal Ghazali di media sosial.

“Sabah FC menyokong penuh dan sentiasa bekerjasama terhadap pasukan kebangsaan dan pemilihannya.

“Dengan itu, pengurusan Sabah FC akan menasihati Rizal Ghazali untuk memberi penjelasan terperinci kepada FAM mengenai ketidakhadirannya,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan sama, pengurus pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir akan berhubung dengan Rizal secara terus untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai situasi pemain itu.

Apa yang dinyatakan oleh kenyataan Sabah FC adalah konsisten dengan muat naik terakhir di akaun Instagram pemain itu sebelum ini.

Kegagalan Rizal menghadirkan diri ke kem latihan skuad kebangsaan mengundang persoalan orang ramai apabila tiada sebarang surat rasmi atau bukti berbentuk hitam putih diberikan untuk menjelaskan sebab pengecualiannya daripada mewakili pasukan negara yang sudah pun memulakan latihan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil sejak Isnin lalu.

Kelab yang dinaugi Rizal turut boleh didenda sebanyak RM100,000 dan bakal dipotong tiga mata dalam saingan liga tempatan selain digantung automatik daripada menyertai pertandingan domestik menurut penjelasan dalam kurungan ‘a’.

(Visited 130 times, 1 visits today)

COMMENTS