RM10ribu KWSP boleh dikeluarkan melalui portal khas ini sahaja
RM10ribu KWSP boleh dikeluarkan melalui portal khas ini sahaja

RM10ribu KWSP boleh dikeluarkan melalui portal khas ini sahaja

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini telah membuat pengumuman bahawa permohonan bagi pengeluaran khas simpanan KWSP berjumlah RM10,000 akan dibuka kepada warganegara di bawah umur 55 tahun pada 1 April 2022.

Pengumuman itu mendapat riaksi yang baik dari seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan kelembapan ekonomi yang melanda negara ini sejak dari tahun 2019 rentetan dari pendemik Covid-19.

Namun, pengeluaran wang KSWP berjumlah RM10,000 itu hanya boleh dilakukan melalui Portal Pengeluaran Khas yang telah dibangunkan oleh pihak KWSP.

Portal Pengeluaran Khas

Melalui hantaran di media sosial Facebook, KWSP memaklumkan bahawa bagi memastikan kelancaran proses pengeluaran tersebut pencarum perlu mengemaskini telefon bimbit terkini di laman sesawang yang dimaklumkan.

Pencarum juga perlu memastikan bahawa nombor telefon yang digunakan itu aktif serta nombor akaun bank yang digunakan untuk pengeluaran nanti didaftarkan atas nama sendiri dan bukannya akaun bersama atau akaun syarikat.

Selain dari itu, pencarum KWSP dinasihatkan untuk menyemak baki terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengeluarkan wang caruman mereka.

Bagi pencarum yang tidak mempunyai akaun bank yang aktif, mereka boleh memilih arahan bayaran sebagai kaedah alternatif untuk pengeluaran dilakukan.

Pencarum perlu memastikan empat perkara ini dikemaskini

Pihak KWSP juga memaklumkan bahawa, soalan lazim yang selalu diajukan oleh pencarum akan dikongsikan dalam masa terdekat bagi memudahkan pencarum mengeluarkan simpanan mereka bermula 1 April nanti.

Tempoh pembayaran akan dilakukan dan dijangka bermula pada 20 April 2022 nanti. Pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan amaun serendah RM50 dam maksimum sebanyak RM10,000 sahaja.

BACA JUGA:

Pengeluaran khas KWSP: Cara buat temu janji secara online

Terkini! KWSP 10 Ribu, PM merayu jangan keluarkan jika tidak terdesak

“Akaun Maklumat Bank Anda Dalam Bahaya” – KWSP

(Visited 74 times, 1 visits today)

COMMENTS