Ruhainies mohon semua maafkan Zul Ariffin
Ruhainies mohon semua maafkan Zul Ariffin

Ruhainies mohon semua maafkan Zul Ariffin

“Setiap manusia pasti tak lari dari melakukan kesilapan”

Rentetan babak panas yang dilakonkan oleh Zul Ariffin bersama Siti Hariesa, pelakon cantik, Ruhainies menjelaskan permohonan maaf yang dibuat oleh Zul sebelum ini merupakan jalan terbaik bagi menjernihkan keadaan.

Pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menerusi laporan Harian Metro, menyifatkan Zul sebagai seorang pelakon profesional dan dapat mengambil pengajaran atas apa yang telah berlaku.

Pelakon Puteri Runion ini juga enggan untuk memberikan sebarang komen berikutan bimbang akan disalah erti walapun rapat dengan Zul.

Apa pun, orang ramai boleh bercakap macam-macam. Siapa yang mengenali Zul secara dekat, pasti tahu dia bagaimana orangnya. Di luar set (lakonan) dia bukanlah seperti apa yang digambarkan segelintir pihak.

Dia juga sahabat yang sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang lakonan. Dia juga melayan baik semua orang. Jadi, ini pun salah satu sebab saya senang berkawan dengan Zul.

Zul sendiri sudah mohon maaf

Ujar Ruhainies lagi, tidak adil jika kesalahan tersebut ditunding kepada satu pihak sahaja dan dia turut yakin Zul akan lebih berhati-hati selepas ini serta mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku.

Zul sendiri sudah pun memohon maaf atas apa yang berlaku. Bukan bermaksud nak ‘back up’ kerana yang salah tetap salah. Cuma setiap manusia pasti tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Harap semua dapat memaafkan dia.

Lebih baik untuk kita sebarkan apa yang positif dan ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku.

Terdahulu, Zul Ariffin memuat naik video memaparkan beberapa adegan ‘panas’ bersama pelakon baru iaitu Siti Hariesa. Video berkenaan memperlihatkan pelakon berusia 33 tahun itu merangkul badan Hariesa sambil menggendongnya.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa lagi babak mengghairahkan yang dilakonkan dalam drama tersebut.

Sumber: Harian Metro

(Visited 177 times, 1 visits today)

COMMENTS