RUMAH MANGSA RIBUT DUN PENGKALAN KUNDOR DIBAIK PULIH.
RUMAH MANGSA RIBUT DUN PENGKALAN KUNDOR DIBAIK PULIH.

RUMAH MANGSA RIBUT DUN PENGKALAN KUNDOR DIBAIK PULIH.

Alor Setar – Rumah yang rosak akibat ribut yang melanda di dalam Dun Pengkalan Kundor baru-baru ini telah mula dibaik pulih oleh Pusat Khidmat Dun Pengkalan Kundor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Agama, Pembangunan Luar Bandar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan, YB Dato Dr Ismail Salleh yang juga merupakan ADUN Pengkalan Kundor berkata rumah yang dilanda ribut telah merosakkan 12 buah rumah yang terdiri dari keluarga di Kampung Seberang Alor, Kampung Perlis, Kampung Sungai Nonang yang semuanya di Mukim Tebengau, Dun Pengkalan Kundor.

“Kita menggunakan sumber kewangan dari Pusat Khidmat Adun untuk membaik pulih rumah yang terlibat.”

“Majoriti rumah yang rosak di bahagian atap, ada yang dibawa angin dan ada yang rosak ditimpa pokok.”

“Kerajaan Negeri Kedah melalui Pejabat daerah akan turun ke rumah yang rosak untuk menilai kerosakkan yang berlaku bagi membantu keluarga terbabit.”

Ismail berkata lagi “Pusat khidmat Adun mengambil keputusan untuk memperbaiki terlebih dahulu kerana memikirkan keperluan dan keselesaan mangsa ribut. Sekarang boleh dikatakan tiap-tiap hari hujan kita memikirkan hal itu .”

” Apa yang paling penting adalah kebajikan rakyat yang kita kena fikirkan, di dalam kita berada dalam PKP ini,mereka ditimpa musibah, jadi kita kena bantu rakyat supaya mereka boleh duduk dalam keadaan yang baik dan selesa bersama keluarga ,” katanya.

Turut hadir adalah Penghulu Mukim Tebengau, Mohd Zamri Bin Mat Saad.

Baru -baru ini hujan lebat beserta ribut kuat pada hari Ahad yang lalu telah menyebabkan beberapa rumah di dalam Dun Pengkalan Kundor rosak.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS