Rumah mewah Ronaldo dimasuki "kawaq"
Rumah mewah Ronaldo dimasuki “kawaq”

Rumah mewah Ronaldo dimasuki “kawaq”

LISBON: Rumah Cristiano Ronaldo dipecah masuk oleh perompak yang mengambil beberapa barangan peribadi milik bintang Juventus itu.

Rompakan berlaku di kediaman Ronaldo bernilai 7 juta pound (RM37.6 juta) yang terletak di Madeira, Portugal.

Ketika kejadian berlaku, Ronaldo tiada di rumah kerana bersama skuad Portugal beraksi dalam perlawanan antarabangsa, manakala teman wanitanya, Georgina Rodriguez berada di Paris bagi menghadiri minggu fesyen di sana.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ibu Ronaldo, Dolores atau abangnya, Hugo yang kedua-duanya tinggal di kediaman tujuh tingkat itu berada di rumah ketika kejadian.

Menurut laporan akhbar tempatan, Diario de Noticias Madeira, perompak memasuki rumah selepas beberapa kakitangan Ronaldo membuka pintu garaj.

Pihak polis dilaporkan sedang memburu suspek yang memasuki rumah Ronaldo dan antara barangan yang dicuri adalah jersi Juventus yang mempunyai tandatangan pemain itu sendiri.

Pihak polis telah melakukan siasatan di kediaman itu dan mengenal pasti pencuri tersebut.

Suspek difahamkan individu yang sudah dikenali oleh pihak polis dan dipastikan menerusi kamera CCTV yang dipasang di kediaman itu namun belaum ada sebarang tangkapan setakat ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada ibu Ronaldo, Dolores atau abangnya, Hugo yang kedua-duanya tinggal di kediaman tujuh tingkat itu berada di rumah ketika kejadian. – AGENSI

(Visited 12 times, 1 visits today)

COMMENTS