Rupanya Inilah Fungsi Kepingan Besi Pada Kunci Kereta Baru

Rupanya Inilah Fungsi Kepingan Besi Pada Kunci Kereta Baru

Selalunya, jika anda sudah membeli kereta baru, anda akan mendapat dua set kunci kereta termasuk sekeping besi kecil yang tertulis nombor khas.

Menurut pengedar, saudara Faizi Zi, kod tersebut akan menjadi rujukan ketika anda ingin membuat pendua bagi kunci asal kenderaan anda.

Baca Juga : Banjir : Hampir Keseluruhan Bandar Maran Tenggelam

Anda perasan tak, beli kereta baru ada dua kunci dan ada besi kecil inikan?

Dekat besi ni ada nombor kod kunci. Apa fungsi nombor kod di kunci itu Zi?

Simpan elok-elok nombor kod kunci ini. Sekiranya anda kehilangan kedua-dua anak kunci ini, sila bawa no. kod kunci ini ke pusat servis Proton untuk duplicate kunci yang sama macam yang asal.

Kalau tak ada No. Kod kunci ini, kena tukar set kunci yang baru seketul dan kosnya pun tinggilah berbanding duplicate kunci yang sama, kan.

Jarang-jarang sekali gunalah kunci spare itu untuk elakkan kehabisan bateri remote.. Kalau bateri dah lemah, rapatkan kunci ke push-start button dan cepat-cepatlah tukar bateri baru di Proton.

Kalau bateri kereta dah kong, buka pintu kereta pakai kunci manual. Caranya tekan butang di belakang kunci. Ada anak kunci untuk buka pintu secara manual kalau pakai push-start button.

Proton Ramaco Motor Sdn. Bhd, 4S, Padang Midin, Terengganu. Follow FB Proton-Faizi untuk lebih info Proton.

Anda perasan tak,beli kereta baru ada 2 kunci & ada besi kecil inikan?Dekat besi ni ada No.Kod kunci..Apa fungsi No.Kod…

Posted by Faizi Zi on Sabtu, 26 Disember 2020

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )