Sabah masih catat peningkatan tertinggi Covid19, kes di semenanjung juga turut meningkat
Sabah masih catat peningkatan tertinggi Covid19, kes di semenanjung juga turut meningkat

Sabah masih catat peningkatan tertinggi Covid19, kes di semenanjung juga turut meningkat

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 28 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 115 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,034 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,011 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 115 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara dari negara:

  • India: Tiga (3) kes:
    • Satu (1) kes dilaporkan di Negeri Sembilan yang melibatkan warganegara.
    • Satu (1) kes dilaporkan diWilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan bukan warganegara; dan
    • Satu (1) kes dilaporkan di Selangor yang melibatkan bukan warganegara.

Daripada 112 kes penularan di dalam negara, 98 kes adalah warganegara Malaysia dan 14 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 98 kes
    • 46 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • 39 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan 25 kes warganegara dan 14 kes bukan warganegara;
    • Lapan (8) saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Buang Sayang yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) saringan kontak kepada kes positif COVID-19 ke-11022 yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 10 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu, Kluster Jalan Apas yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
    • Empat (4) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Kedah: Satu (1) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara.
  • Melaka: Satu (1) kes saringan pra pembedahan di pusat perubatan yang melibatkan warganegara.
  • Terengganu: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes saringan kontak rapat kes ke-10218 yang melibatkan warganegara.

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 134 kes (1.22 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER BAHARU: KLUSTER JALAN APAS

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu telah dikenalpasti di Selangor. Kes indeks bagi kluster iaitu kes ke-10782 dan kes ke-10783 merupakan pasangan suami isteri warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah daripada 13 hingga 16 September 2020. Kedua-dua kes indeks mula bergejala demam, batuk, dan selesema pada 18 September 2020 yang kemudian mendapatkan rawatan di pusat perubatan pada 19 September 2020. Mereka kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 24 September 2020, didapati positif COVID-19 pada 26 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Hasil saringan kontak rapat mendapati enam (6) lagi kes positif COVID-19 pada 27 September 2020. Sehingga kini, seramai 66 individu telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu);
  • 56 individu adalah negatif; dan
  • Dua (2) individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terbabit. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

STATUS TERKINI EMPAT (4) KLUSTER DI SABAH DAN SATU (1) KLUSTER DI KEDAH

Kluster Bangau-Bangau, Sabah

Terdapat 46 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 225 kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 369 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 225 kes dikesan positif COVID-19 (46 kes baharu);
  • 37 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 107 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 225 kes positif COVID-19, 172 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 53 adalah bukan warganegara.

Kluster Benteng LD, Sabah

Terdapat 39 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 873 kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 11,042  individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut daerah yang terbabit adalah seperti berikut:

  • Tawau (8,439 disaring):
    •  649 kes dikesan positif COVID-19 (34 kes baharu dilaporkan);
    • 6,395 individu negatif
    • 1.395 individu masih menunggu keputusan.
  • Lahad Datu (2,596 disaring):
    • 220 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu dilaporkan);
    • 2,142 individu negatif; dan
    • 234 individu masih menunggu keputusan.
  • Kinabatangan (5 disaring):
    • 2 kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 3 individu negatif.
  • Sandakan (2 disaring):
    • 2 kes dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan yang telah dilaksanakan sehingga kini bagi Kluster Benteng LD, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,773 orang banduan dan tahanan di mana 675 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,173 orang kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 25 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,398 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana 31 kes dikesan positif   COVID-19;
  • 1,565 orang pegawai agensi kerajaan lain, tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 5,133 kontak sosial di mana 142 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 873 kes positif COVID-19, 519 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 354 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (223 kes);
  • Indonesia (130 kes); dan
  • Timor-Leste (1 kes).

Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Kluster Pulau, Sabah

Terdapat dua (2) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 49 kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 931 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  • Kunak (788 individu disaring):
    • 43 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
    • 397 individu negatif; dan
    • 348 individu menunggu keputusan.
  • Semporna (143 individu disaring):
    • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19;
    • 37 individu negatif; dan
    • 100 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 49 kes positif COVID-19, 44 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala lima (5) kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (4 kes); dan
  • Pakistan (1 kes).

Kluster Buang Sayang, Sabah

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Buang Sayang pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak sembilan (9) kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 292 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  • Sabah (130 disaring):
    • 6 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 17 individu negatif; dan
    • 107 individu masih menunggu keputusan.
  • Negeri Sembilan (122 disaring):
    • 2 kes dikesan positif COVID-19;
    • 5 individu negatif; dan
    • 115 individu masih menunggu keputusan.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (40 disaring):
    • 1 kes dikesan positif COVID-19;
    • 37 individu negatif; dan
    • 2 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua sembilan (9) kes positif COVID-19 dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.

Kluster Sungai, Kedah

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 99 kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 25,399 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Kedah (25,179 individu disaring):
    • 98 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 25,059 individu negatif; dan
    • 22 individu menunggu keputusan.
  • Pulau Pinang (142 individu disaring):
    • 142 individu negatif.
  • Perlis (78 individu disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 77 individu negatif.

Daripada 99 kes positif dalam kluster ini, 98 merupakan warganegara Malaysia dan satu (1) kes merupakan warganegara Thailand.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS