Sabah terus catat peningkatan kes, kluster Benteng LD paling tinggi

Sabah terus catat peningkatan kes, kluster Benteng LD paling tinggi

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 18 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 95 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak10,147 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 754 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 95 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara. Kesemua kes import tersebut melibatkan bukan warganegara dari negara:

  • Indonesia [3 kes Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Selangor]; dan
  • China (1 kes krew kapal di Sabah).

Daripada 91 kes penularan di dalam negara, 68 kes adalah warganegara Malaysia dan 23 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 90 kes
    • 76 kes daripada saringan Kluster Benteng LD yang melibatkan 20 bukan warganegara;
    • Empat (4) kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan satu (1) bukan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Selamat;
    • Tiga (3) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan satu (1) bukan warganegara di Hospital Lahad Datu;
    • Dua (2) kes saringan bergejala. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau;
    • Satu (1) kes saringan kematian di Hospital Semporna yang melibatkan bukan warganegara (iaitu kes ke-10,145). Kes ini juga merupakan kes kematian ke-129 yang dilaporkan seperti di bawah; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes ke-10,145. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau.
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan Kluster Bunga.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat 11 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 129 kes (1.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

  • Kes kematian ke-129 (kes ke-10,145) merupakan perempuan warganegara Filipina berumur 50 tahun. Beliau mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 14 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan. Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Semporna bagi rawatan lanjut, namun tidak pergi berikutan kekangan yang beliau hadapi. Beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya dibawa ke Hospital Semporna, Sabah di mana beliau telah disahkan meninggal dunia pada 14 September 2020. Ujian saringan menunjukkan beliau adalah positif COVID-19.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

STATUS TERKINI KLUSTER BENTENG LD, KLUSTER PULAU, KLUSTER SELAMAT DAN KLUSTER BUNGA

Kluster Benteng LD

Terdapat 76 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 550 kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 7,814 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Lahad Datu (2,009 disaring):
    • 151 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu);
    • 1,306 individu negatif; dan
    • 552 individu menunggu keputusan.
  2. Tawau (5,804 disaring);
    • 398 kes dikesan positif COVID-19 (66 kes baharu);
    • 4,120 individu negatif; dan
    • 1,286 individu menunggu keputusan.
  3. Sandakan – satu (1) kes baharu, saringan yang dikesan positif COVID-19

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,388 banduan dan tahanan di mana 457 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,158 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 20 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,391 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 23 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,036 pegawai agensi kerajaan lain di mana satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 2,841 kontak sosial di mana 49 kes dikesan positif COVID-19.

Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Daripada jumlah 550 kes positif COVID-19, 271 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 279 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (185 kes); dan
  • Indonesia (94 kes).

Kluster Pulau

Terdapat empat (4) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 14 kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 345 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Kunak (342 disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 63 individu negatif; dan
    • 268 individu menunggu keputusan.
  2. Semporna – Tiga (3) saringan di mana semua dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 14 kes positif COVID-19, 13 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala satu (1) adalah warganegara Filipina.

Kluster Selamat

Terdapat tiga (3) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak lima (5) kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 137 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 132 individu masih menunggu keputusan.
  • Kluster Bunga

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bunga pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 11 kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

  1. Selangor (10 disaring);
    • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • Enam (6) individu negatif.
  2. Negeri Sembilan (45 disaring);
    • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
    • 38 individu negatif.
  3. Terengganu (4 disaring); dan
    • Empat (4) individu negatif.

Daripada jumlah saringan dalam kluster, 45 adalah warganegara Malaysia dan 14 adalah bukan warganegara yang terdiri daripada negara;

  • India: Enam (6) individu;
  • Filipina: Enam (6) individu;
  • Singapura: Satu (1) individu; dan
  • Ghana: Satu (1) individu.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi keempat-empat kluster ini masih diteruskan. Status terkini kluster-kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )