SAH! Stadium Baharu ‘Centre of Kedah’ kini di Sungai Petani
SAH! Stadium Baharu ‘Centre of Kedah’ kini di Sungai Petani

SAH! Stadium Baharu ‘Centre of Kedah’ kini di Sungai Petani

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang juga merupakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor sahkan yang lokasi stadium baharu milik Kedah Darul Aman FC adalah di Sungai Petani.

Sejak bertahun lamanya, Kedah menggunakan Stadium Darul Aman di Alor Setar dan ketika projek stadium baharu diumumkan oleh Patron KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, mungkin ramai sedang memikirkan lokasi baharu stadium tersebut. Tentunya Alor Setar berada di fikiran mereka kerana ia adalah ibu negeri.

Mengikut perancangan yang dimuat naik di laman web KDA FC, pembinaan stadium memang berada dalam perancangan mereka berserta pusat latihan sendiri yang bakal menempatkan segala kemudahan sebuah kelab.

Menerusi satu temu bual, Sanusi menjawab kepada persoalan lokasi stadium baharu tersebut kepada media.

“Lokasinya di situlah [Sungai Petani]. Tanahnya sudah dibuat pengambilan. Takpa, saya rasa Sungai Petani tu ‘centre of Kedah’. Sekarang dah ada ‘highway’ dah. Pi la Sungai Petani pulak,” jelas Sanusi mengenainya.

“Tanah tersebut sudah dibuat pengambilan beberapa tahun lalu oleh kerajaan negeri. Buat pengambilan tanah untuk buat stadium tapi duit tiada. Dah terbiar begitu lama. Bila KDA FC cadang untuk bina stadium dan pusat latihan sendiri, saya kata boleh dilaksanakan secara JV antara KDA FC dan MPSPK,” tambahnya.

Sebelum itu, menurut Sanusi, tanah tersebut telah diambil oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK).

“Tanah daripada MPSPK, dana daripada KDA FC. Mereka turut maklumkan bahawa mereka telah buat keputusan untuk JV dan saya akan bawa untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas [kita lihat] mereka serius. Kita akan bincang perkara itu [dalam mesyuarat],” tegasnya mengenai Joint Venture.

“Bukan pakai duit kerajaan negeri hendak buat [stadium], KDA FC dan ‘partner’, secara JV,” jelas Sanusi.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa projek pembinaan di kawasan itu akan turut merangkumi beberapa bahagian seperti stadium dan pusat latihan KDA FC selain padang awam bagi kegunaan orang ramai.

‘Design’ sudah siap, sudah ada, saya sudah tengok ‘design’ itu, sangat cantik, ada yang ‘part’ khusus untuk KDA FC dan padang latihan, ada yang ‘open’ untuk orang ramai. Dia kena ‘open’ untuk orang ramai sebab tanah MPSPK dan kerajaan [negeri], jadi kena JV,” ulasnya lagi mengenai gambaran awal stadium itu.

‘Ada yang ‘open’ untuk yang riadah dan sukan dan ada khusus untuk pasukan KDA FC,” tambahnya lagi.

Berdasarkan kenyataan daripada Patron Sang Kenari sebelum ini, pusat latihan ini dibuat mengikut piawaian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan kos sekitar RM15 juta hingga RM16 juta.

Dan menurutnya lagi, projek pembinaan ini dijangka akan dimulakan pada tahun ini atau awal tahun hadapan.

Jadi, bersediakah penyokong Kedah untuk ke stadium di Sungai Petani pula untuk lihat Sang Kenari beraksi?-SemuanyaBola

(Visited 143 times, 1 visits today)

COMMENTS