'Sakit Bipolar tidak boleh dirawat dengan ganja' - Pakar
‘Sakit Bipolar tidak boleh dirawat dengan ganja’ – Pakar

‘Sakit Bipolar tidak boleh dirawat dengan ganja’ – Pakar

Seorang doktor pakar dalam bidang perundingan psikiatri, Dr Ahmad Rostam Md Zin melalui laman Facebooknya telah membuat satu hantaran mengenai penggunaan ganja bagi merawat penyakit mental. Baru-baru ni pengunaan ganja telah ‘trending’ melibatkan seorang artis nasyid terkenal.

GANJA UNTUK SAKIT MENTAL?

1.Ada kajian kata ia mengurangkan gangguan pemikiran. Maksudnya mereka lebih mudah berfikir. Kajian ni tahun 2016 dengan jumlah pesakit yang sangat kecil (20+ sahaja). Kalau nak kata sesuatu intervensi tu berkesan, mesti ada lebih banyak kajian silang, lebih banyak pesakit yang guna dan hasil kajian itu boleh diulang semula dalam kajian lain juga.

2.Satu lagi kajian kata ia mampu meningkatkan mood menjadi baik. Namun, bila disiasat lebih dalam, kebanyakkan mereka yang mengambil ganja adalah apabila mood mereka sudahpun semakin baik. Orang tengah fasa kemurungan, mereka tidak berminat dengan apa sahaja sekalipun (Kajian 2015).

3.Kajian lain menunjukkan ia boleh cetus gejala mania (the worst symptoms you can get aside from severe depression). Mania means psychiatric emergency and immediate admission. Ia juga boleh menerukkan gejala hypomania/mania. Maksudnya psikosis adalah salah satu gejala paling buruk.

4.Boleh menerukkan gejala kemurungan sedia ada.

5.Lebih tinggi risiko tingkah laku bunuh diri.

6.Menyebabkan gejala bipolar bermula lebih awal berbanding pesakit bipolar lain dan bilamana ianya bermula lebih awal, komplikasi penyakit akan lebih buruk untuk jangka panjang.

7.Meningkatkan risiko psikosis, meningkatkan kitaran mood yang tidak stabil, menerukkan prognosis dan meningkatkan kegagalan rawatan.

8.Penggunaan kronik boleh mengakibatkan gejala seumpama penyakit Schizophrenia dan Bipolar Disorder.

9.Mewujudkan masalah mental baru: Masalah ketagihan.

Kesimpulannya, Jika ada masalah dengan apa ubat sekali pun, bincang dengan doktor anda. Insya-Allah ada jalan penyelesaian.

(Visited 57 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )