'Sandro Kembali ke Kedah?' - Bekas SUA Kedah DA FC luah isi hati
‘Sandro Kembali ke Kedah?’ – Bekas SUA Kedah DA FC luah isi hati

‘Sandro Kembali ke Kedah?’ – Bekas SUA Kedah DA FC luah isi hati

Nama Pemain import, Sandro Da Silva Mendonca bukan lagi asing dalam suasana bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) sejak tahun 2015. Terkenal dengan teknik rembatan jarak jauh serta pakar sepakan percuma ini menjadikan Sandro sebagai salah satu pemain import berharga pada era kegemilangannya.

Jika dilihat pada prestasi, Sandro masih mampu untuk memberi impak positif di bahagian serangan mana-mana pasukan selain kepakarannya dalam situasi bola mati.

Baca Juga : Alvaro silva sah kembali sarung jersi Kedah ganti Jang?

Ada ura-ura mengatakan pemain tersebut mungkin akan kembali pada pertengahan musim ini menyertai salah satu pasukan di utara walaupun agak samar-samar lagi.

Antara yang turut mengupas mengenai perpindahan Sandro ialah Bekas Setiausaha KDA FC, YB Asmirul Anuar Aris. Beliau akui gembira jika nasib pasukan Kedah dapat diatasi dengan pembelian semula pemain ini.

“Mendengarkannya sudah cukup merasakan sesuatu sedang dilakukan. Secara tidak langsung sekurang-kurangnya sudah ada jalan penyelesaian yang cuba di cari untuk mengatasi masalah yang telah berlarutan ini.”

“Apatah lagi sesudah kekalahan tiga perlawanan serentak dan di susuli dengan seri dua kali berturut-turut perlawanan terakhir. Secara tiba-tiba nama Sandro kembali menjadi sebutan. Benarkah beliau akan kembali bermain untuk tempoh hanya selama enam bulan? Manakala gaji yang ditawarkan adalah sebanyak 8K USD? Hanya dua import berkulit hitam dikekalkan?”

“Saya tidak berhasrat untuk mengupas lebih panjang tentang perkara tersebut tentang kebenaran berita itu. Cuma apa yang ingin saya perkatakan ialah jika benar sedang berlaku ada baiknya. Sekurang-kurangnya pihak pengurusan sedang mencari jalan penyelesaian. Ini sudah di kira terbaik. ‘It’s better than nothing!'” katanya menerusi hantaran Facebook Asmirul Anuar Aris FC

Beliau juga mempersoalkan pengurusan kelab Kedah Darulaman FC serta kepulangan syafiq ahmad ke pangkuan JDT yang agak mengejut

“Apabila timbul sesuatu persoalan ianya perlu di jawab dengan baik. Sebagaimana sebelum ini belum pernah ada Kelab Penyokong atau rakan-rakan penyokong di saman oleh pihak pengurusan Kelab. Hanya sanya apabila di ajukan soalan? Pihak pengurusan yang baik ialah pihak yang mampu menangani sebarang soalan dengan baik.”

“Mutu bolasepak negara perlu di bantu dengan secara berbanding bahu di pelbagai lapisan masyarakat dan pengurusan. Benarkah Shafik Ahmad yang telah di pinjamkan ke Kedah kini di ambil kembali pulang ke JDT? Kenapa? Apa yang berlaku? Jika ini yang berlaku amatlah sedih kerana peningkatan Kedah seolah di ragut. Saya sekadar berkongsi pendapat.”

“Begitu juga dengan persoalan gaji? Jika telah di jelaskan maka perlu di jelaskan dengan baik kepada penyokong. Bukan mengeluarkan kenyataan akan menyaman kerana ini adalah fitnah. Sebarang kenyataan terkini sedang berlegar di kalangan peminat. Kenapa tidak di undang pemain dan jurulatih untuk membuat kenyataan media bersama:”

“Gaji kami telah di bayar! Kami tetap mekar gembira bersama dengan pihak pengurusan.” katanya lagi

Beliau turut mendoakan kesejahteraan dan kegemilangan buat pasukan Kedah supaya bangkit dan terus konsisten hadapi baki saingan liga dan piala afc

“Bukankah ini lebih baik untuk kepentingan bersama demi meleraikan kekalutan penyokong berhubung kekalahan tiga kali berturut-turut serta dua kali seri berturut-turut. Apa pun yang saya perkatakan, kami semua pemain ke 12 barisan pemain Bola sepak Kedah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kegemilangan buat pasukan kesayangan kami ini!”

Situasi ini pastinya merunsingkan para penyokong setia Hijau Kuning yang sudah tentu mahu melihat pasukan kesayangan mereka konsisten mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan yang dilalui.

Baca Juga: Tinggalkan Sarawak United, Sandro kembali sarung jersi Kedah?

Baca Juga: Isu ‘Tokong’ punca Syafiq pulang awal ke pangkuan JDT?

(Visited 9,010 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )