Sanusi Jangan Syok Sendiri, Jangan Jual Tanah Negeri Sewenang-wenangnya - Mahfuz
Sanusi Jangan Syok Sendiri, Jangan Jual Tanah Negeri Sewenang-wenangnya – Mahfuz

Sanusi Jangan Syok Sendiri, Jangan Jual Tanah Negeri Sewenang-wenangnya – Mahfuz

ALOR SETAR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Haji Omar hari ini membidas cadangan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor untuk menjual sebahagian tanah milik kerajaan negeri untuk membangunkan litar lumba di Sungai Petani.

Mahfuz mempersoalkan tindakan kerajaan yang sanggup menjual tanah negeri hanya semata-mata ingin membina litar lumba di saat kerajaan negeri tiada kemampuan kewangan dan kukurangan dana.

“Kerajaan pimpinan Sanusi sepatutnya lebih bijak mentadbir negeri, litar lumba bukan sesuatu yang mendesak ketika ini. Sekarang rakyat tengah susah dan terbeban dengan kos barangan keperluan harian yang makin meningkat, sepatutnya kerajaan fikirkan perkara ini dulu.

“Sebagai Menteri Besar, Sanusi sepatutnya perlu bagi tahu kepada anak muda di Kedah yang hadir dalam program “Santai Anak Utara” di Taman Jubli Emas baru-baru ini bahawa kerajaan perlu tangguh sekejap pembinaan litar lumba kerana kekurangan dana.

Sanusi Jangan Syok Sendiri, Jangan Jual Tanah Negeri Sewenang-wenangnya – Mahfuz



“Bukan buat kenyataan populis, kerana ingin mengambil hati anak muda. Patutnya berikan kefahaman kepada mereka tentang situasi sebenar negeri, apa yang dikira sebagai keperluan atau kehendak,” ujar Mahfuz.

Mahfuz tidak menafikan bahawa pembinaan litar lumba perlu untuk anak muda yang berminat dengan dunia permotoran tetapi yang lebih penting ketika ini adalah menangani masalah ekonomi yang meruncing.

Isu harga tanah yang ingin dijual oleh kerajaan negeri bagi membiayai projek litar lumba tersebut turut dipersoalkan oleh Mahfuz.

“Sanusi bagi tahu harga semasa RM3.80 sekaki, tetapi ada syarikat yang bersedia untuk bayar pada harga RM4.00 sekaki persegi.

“Kerajaan negeri Kedah perlu membuat penilaian bebas harga semasa tanah yang ingin dijual bagi menampung kos pembinaan litar lumba itu.

“MB dan PTG perlu membuat penjelasan kerana pada tahun 2017, ada tanah yang diambil berhampiran dengan kawasan tersebut. Tolong jelaskan berapa harga yang dibayar pada ketika itu,” soal Mahfuz.

Mahfuz turut menegur sikap Sanusi yang dilihat hanya mahu kelihatan hebat di mata anak-anak muda tanpa memikirkan nasib negeri dan generasi akan datang. Jangan sewenang-wenangnya menjual tanah negeri untuk projek-projek yang tidak menjana ekonomi untuk rakyat.

(Visited 247 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )