Sanusi Perlu Segera Tangani Musibah Kepala Air Baling - AMANAH
Sanusi Perlu Segera Tangani Musibah Kepala Air Baling – AMANAH

Sanusi Perlu Segera Tangani Musibah Kepala Air Baling – AMANAH

KERAJAAN NEGERI PERLU AMBIL TINDAKAN SEGERA DALAM MENANGANI ISU BANJIR KEPALA AIR BALING

Pada 6 September 2022 Kampung Iboi di landa banjir kepala air lagi. Ini banjir kali ketiga dalam tempoh 2 bulan, kali pertama pada 4 Julai 2022 dan kali kedua pada 28 Julai 2022.

Banjir kepala air yang berlaku semalam 6 hb September 2022 setelah hujan lebat hanya selama 30 minit sekitar jam 5.00 petang. Ianya menyebabkan Jambatan Bailey yang baru di bina hampir runtuh dan berlaku perpindahan beberapa keluarga dari kampung yang terlibat ke PPS.

Banjir kepala air kali ketiga dalam tempoh dua bulan ini menjadikan penduduk Kampung Iboi dan kampung-kampung sekitarnya berada dalam keadaan bimbang, trauma dan ketakutan apabila setiap kali langit mendung.

Mereka kerugian kerosakan harta benda dan nyawa dalam keadaan yang sentiasa terancam. Mereka belum pulih dari segi fizikal dan mental sejak peristiwa banjir pertama kali pada 4 Julai 2022.

Lantaran itu mereka menuntut satu tindakan segera yang komprehensif dari pihak kerajaan dalam menangani isu ini.

Pada sidang DUN yang lalu pada 18 Julai 2022, Yb Dato’ Dr Ismail bin Salleh ADUN Pengkalan Kundor telah mengemukan satu usul tergempar untuk membincangkan isu banjir kepala air di Baling, namun ianya di tolak.

YB Dato’ Dr Ismail Salleh



Jawapan dari pihak kerajaan adalah mereka tidak bersedia kerana masih menunggu lapuran dari jabatan-jabatan yang berkenaan, pada masa yang sama mereka mendakwa telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani isu ini.

Namun dengan berlakunya banjir kepala air yang ketiga ini, saya menuntut satu sidang DUN segera diadakan atau sekurang-kurangnya ada agenda khusus di dalam sidang DUN yang akan datang supaya semua pihak termasuk wakil rakyat pembangkang dapat memberi pandangan dan cadangan dalam menangani isu besar ini.

Peranan, pandangan dan tindakan dari semua pihak perlu di ambil kira dalam memastikan jaminan keselamatan penduduk di kampung yang terlibat di Baling.

Yb Dato’ Dr Ismail bin Salleh
ADUN Pengkalan Kundor

8 Sept 2022.

(Visited 90 times, 1 visits today)

COMMENTS