Sanusi takut terima cabaran debat bersama Mukhriz
Sanusi takut terima cabaran debat bersama Mukhriz

Sanusi takut terima cabaran debat bersama Mukhriz

Alor Setar – Ketua pembangkang Dun Kedah, Datuk Haji Phahrolrazi bin Haji Zawawi hari ini melontarkan cadangan supaya diadakan satu debat di antara bekas Menteri Besar yang juga Adun Jitra, Datuk Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir bersama Menteri Besar Kedah yang baharu, YAB Muhammad Sanusi Md Nor.

Bagaimanapun Adun Jeneri itu dilihat enggan untuk menyahut cabaran tersebut sambil menyifatkan debat tersebut tidak membawa manfaat kepada rakyat. Ketua pembangkang dalam melontarkan cabaran debat tersebut telah menyatakan bahawa rakyat negeri Kedah begitu teruja untuk mengetahui kisah sebenar berkaitan isu balak di negeri ini.

Isu balak menjadi topik yang panas semenjak kerajaan PN mengambil alih kerajaan Kedah dari PH selepas beberapa orang adun mengkhianati mandat rakyat dalam PRU14 yang lalu dengan menyokong gabungan Pas dan Umno yang akhirnya mewujudkan PN.

Sanusi di dalam kenyataan awal beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu menyatakan bahawa kerajaan negeri Kedah akan mempertimbangkan semula untuk membuka kembali konsesi balak.

Ujar ketua pembangkang, “Saya dah tanya Jitra, bolehkah kita anjur satu majlis untuk menerangkan perkara ini, kalau bersetuju wartawan boleh aturkan perkara ini”. YAB Menteri Besar, dalam kenyataan beliau menyatakan “Dengar penjelasan saya, kita punya sidang ni live di Facebook, rakyat semua boleh tengok.”

Namun begitu, Sanusi dilihat cuba mengelak dari menerima cabaran debat yang disyorkan oleh ketua pembangkang.

 

(Visited 23 times, 1 visits today)

COMMENTS