Sanusi u-turn kembali, menunjukan bahawa Pakatan Harapan adalah yang terbaik.
Sanusi u-turn kembali, menunjukan bahawa Pakatan Harapan adalah yang terbaik.

Sanusi u-turn kembali, menunjukan bahawa Pakatan Harapan adalah yang terbaik.

Sanusi u-turn kembali ?

Minggu lepas kerajaan PN dibawah pentadbiran Sanusi Md Nor memberitahu kepada rakyat bahawa khairat kematian yang akan diberikan kepada penduduk di negeri kedah adalah sebanyak RM 250 selepas diturunkan dari RM 300.

Tetapi hari ini, Sanusi “u-turn” kembali dengan menaikan kembali khairat kematian sebanyak RM 300 dari RM 250 sebelum ini. Ini menunjukan bahawa kerajaan PN tidak ikhlas dalam membantu rakyat kedah khususnya soal kebajikan rakyat dan hanya memikirkan kroni dan kepentingan peribadi semata-mata.

Sepatutnya, Menteri Besar tebuk atap ini haruslah mempunyai pendirian yang tetap dalam memastikan kebajikan rakyat kedah terbela dan rakyat kedah boleh mendapat manfaatnya. Tetapi apa yang berlaku hari ini lain pula jadinya, sekejap turun, sekejap naik, tidak selari dengan slogan
“Nikmat untuk semua” dan juga tidak mengambarkan bahawa kerajaan PN ini benar-benar mesra rakyat ataupun sekadar hanya melepaskan batuk di tangga sahaja.

Apabila berlakunya situasi sebegini, jelas menunjukan bahawa insentif yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan adalah yang terbaik untuk rakyat dalam soal kebajikan serta mengutamakan rakyat dari segalanya. Sudah pasti mereka pun mengetahui hal ini menyebabkan mereka u-turn kembali dengan mengembalikan kepada nilai asal yang hendak diberikan kepada rakyat. Kali ini rakyat boleh nampak apa yang berlaku hari ini !

Khairat kematian yang dilaksanakan atas insentif Pakatan Harapan oleh Mantan Menteri Besar terdahulu iaitu Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir sudah dilancarkan bermula 1 Januari 2019 dengan pemberian sebanyak RM 300.00 kepada rakyat kedah menerusi Pejabat ADUN kawasan dan Penyelaras Dun setiap kawasan.

Rakyat boleh menilai, dengan apa yang berlaku hari ini, kerajaan yang tiada hala tuju dan mengkhianati mandat yang diberikan sudah pasti ianya akan menjadi satu titik permulaan kehancuran kerajaan PN yang diterajui oleh parti komponen PAS, UMNO dan Bersatu ( Muhyiddin).

Pendapat : Rakyat Marhaen Kedah.

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS