Saya bukan calon Presiden KLFA, fokus UMNO dan BN saja - Zahid
Saya bukan calon Presiden KLFA, fokus UMNO dan BN saja – Zahid

Saya bukan calon Presiden KLFA, fokus UMNO dan BN saja – Zahid

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan beliau menjadi calon baharu Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang memenangi Piala Malaysia tahun lalu.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, tumpuannya kini ialah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO sebaik mungkin.

“Melaksanakan sejujurnya amanah diberikan oleh akar umbi untuk mengembalikan kegemilangan UMNO dan BN dalam persada politik tanah air.

“Menunaikan secara bersungguh-sungguh kewajipan untuk memastikan kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan dikembalikan di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media tertentu bahawa namanya kini disebut-sebut bakal menjadi Presiden KLFA yang baharu.

Media terbabit turut melaporkan Presiden KLFA, Khalid Samad yang telah menerajui persatuan itu sejak 2019 dikhabarkan akan melepaskan jawatan dalam Kongres KLFA kali ke-33 di ibu negara.-SH

(Visited 13 times, 1 visits today)

COMMENTS