Sebelah kaki ke Piala AFC, Kedah harus kekal rentak kemenangan
Sebelah kaki ke Piala AFC, Kedah harus kekal rentak kemenangan

Sebelah kaki ke Piala AFC, Kedah harus kekal rentak kemenangan

Perlawanan diantara Kedah menentang Sabah isnin lalu di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dan memebawa kemenangan buat pasukan Kedah menewaskan Melaka 1-0 sudah boleh dianggap berada sebelah kaki untuk ke Piala AFC tahun depan.

Kredit gambar : Facebook FA Kedah

Keputusan itu menyaksikan anak buah Aidil Sharin Sahak naik ke tangga kedua Liga Super selepas mengumpul 19 mata, sementara Melaka kekal dengan 11 mata.

Kredit gambar : Facebook FA Kedah

Perhitungan merebut gelaran naib juara liga bagaimanapun akan ditentukan dalam aksi terakhir antara Kedah dan Perak di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu ini.

Kredit gambar : Facebook FA Kedah

Jaringan tunggal Shakir Hamzah yang menanduk masuk bola sepak penjuru Tchetche Kipre pada minit ke-19 ketika menentang Sabah sudah cukup untuk memberikan tiga mata berharga buat Kedah.

Kredit gambar : Facebook FA Kedah

Kedah harus menang perlawanan menentang Perak Sabtu ini, sudah pasti kemenangan itu bukan saja melayakkan pasukan Kedah, tetapi peminat setia hijau kuning pasti lebih gembira dan sedikit sebanyak dapat melonjakkan semangat pemain.

Kredit gambar : Facebook FA Kedah

(Visited 25 times, 1 visits today)

COMMENTS