Sejauh manakah kuasa politik semasa darurat dilaksanakan?

Sejauh manakah kuasa politik semasa darurat dilaksanakan?

Hari ini akan menjadi sejarah kepada Negara, kuasa Penuh Agong Dikembalikan dan buat kali pertama dalam sejarah penubuhan Malaysia ini.
YDPA telah mengisytiharan Darurat Kesihatan di seluruh negara sehingga 1 Ogos 2021.

Seperti yang sedia maklum, Baginda berkenaan untuk penubuhan jawatankuasa bebas dari kalangan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang berserta Pakar-pakar kesihatan dan berkaitan.

Baca Juga : GEMPAR!! Mahathir selar tindakan Muhyiddin isytihar darurat

Pada hemah dan pandangan MMP, penubuhan jawatankuasa bebas ini berkemungkinan sama fungsi dan tatacarakerja seperti Mageran 1969 dahulu.

Apa yang akan berlaku dalam darurat yang akan dilaksanakan ini?

Secara terperinci MMP merasakan molek diserahkan kepada PM untuk terangkan.

Pada pemerhatian MMP,

1. Darurat ini adalah menyerahkan pentadbiran kerajaan di bawah sepenuhnya Agong sambil diurustabdir dengan jawatankuasa bebas tadi.

2. Parlimen Digantung sepenuhnya. Oleh yang demikian sebarang Pilihanraya tidak dibenarkan.

3. Tiada perintah berkurung seperti Darurat 1969. Perintah Kawalan Pergerakan masih relevan untuk dilaksanakan.

4. ATM dan PDRM akan memantau keselamatan dan ketenteraman awam di dalam Negara.

5.Sebarang Budget dan urusan perolehan boleh dilakukan atas perkenaan agong dan tidak memerlukan kelulusan parlimen.

Oleh yang demikian, anda tidak perlu bimbang tidak perlu panik.

Negara kita Selamat di bawah daulat Nya

Daulat Tuanku

MMP

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )