Sekarang masa sesuai PRU15 diadakan.
Sekarang masa sesuai PRU15  diadakan.

Sekarang masa sesuai PRU15 diadakan.

UMNO akan terkesan jika Pilihan Raya Umum (PRU) ditangguhkan kerana ia akan membuatkan pembangkang ada masa berbaik semula dan menyusun strategi baharu, kata timbalan presiden Mohamad Hasan malam tadi.

Beliau, lebih dikenali sebagai Tok Mat, menggesa PRU diadakan secepat mungkin, menyeru Umno “menyerang” ketika pembangkang dalam keadaan lemah.

Selain itu katanya, kedudukan pihak lawan khususnya pembangkang yang lemah dan berdepan kecamuk ketika ini juga dilihat antara sebab pilihan raya segera perlu diadakan.

“Manfaatkan segala peluang dan ruang atas kelemahan musuh kita ini. Menyerang sewaktu mereka benar-benar lemah. ‘Strike while your enemy is weak, strike while the iron is hot’.

“Itu falsafah peperangan. Melengahkan PRU akan membuka potensi kebangkitan pembangkang. Jangan kita ulangi langkah sumbang PRU14.

“Umum juga mengetahui bahawa persefahaman politik pembangkang adalah sangat bercelaru. Semua berlumba dengan cita-cita sendiri. Bagai enau dalam belukar, melepas pucuk masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTCKL) di sini pada malam Rabu.

(Visited 37 times, 1 visits today)

COMMENTS