Sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk ke KEDAH, jumlah keseluruhan dikurangkan berikutan perlaksanaan PKPB - Ketua Polis Kedah.
Sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk ke KEDAH, jumlah keseluruhan dikurangkan berikutan perlaksanaan PKPB – Ketua Polis Kedah.

Sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk ke KEDAH, jumlah keseluruhan dikurangkan berikutan perlaksanaan PKPB – Ketua Polis Kedah.

ALOR SETAR – Jumlah sekatan jalan raya di Kedah dikurangkan bermula hari ini bagi memberi kelonggaran kepada orang ramai untuk bergerak dengan lebih lancar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Kedah, Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya mengambil pendekatan berbeza setelah Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut membenarkan pegerakan antara daerah seperti diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dalam tempoh PKP sebelum ini, sebanyak 47 sekatan jalan raya diwujudkan untuk menapis dan menyekat pergerakan orang awam dalam negeri ini. Namun dalam tempoh PKPB, kita menilai semula semuanya kerana orang ramai dibenarkan merentas daerah tetapi tidak dibenarkan merentas negeri.

“Oleh itu jumlah sekatan jalan raya akan dikurangkan namun dalam masa sama, sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk ke Kedah sama ada jalan Persekutuan mahu pun lebuh raya bagi memenuhi ketetapan dibuat dalam PKPB,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Al-Quran Wakaf Kepada Barisan Hadapan Oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Katanya, pada masa ini pihaknya tidak mempunyai halangan terhadap mana-mana individu untuk merentas daerah termasuk dari Langkawi atau sebaliknya.

Sementara itu katanya, pihaknya akan turut menggerakkan wakil di peringkat kontinjen dan jabatan untuk turut sama menyertai World Quran Hour yang akan diadakan pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang, 13 Mei depan.

“Kita menyokong usaha murni ini dan amat berharap supaya kalangan pegawai dan anggota dapat menjadikan al-Quran sebagai sahabat sejati bagi dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan,” katanya.

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS