Sekolah vernakular perlu wujud - Saifuddin Abdullah
Sekolah vernakular perlu wujud – Saifuddin Abdullah

Sekolah vernakular perlu wujud – Saifuddin Abdullah

Isu pemansuhan sekolah vernakular bukan satu keutamaan untuk dibahaskan buat masa ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini kerana keutamaan kerajaan ketika ini untuk memberikan kualiti pendidikan yang terbaik.

“Sekolah vernakular telah wujud sejak sekian lama dan membentuk peranan yang unik dalam sistem pendidikan negara kita.

“Saya pasti kerajaan hari ini tidak akan mengganggu peranan yang dimainkan oleh sekolah vernakukar ini.

“Saya ambil contoh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Lancang, Pahang, jumlah pelajar Melayu yang bersekolah di situ lebih ramai berbanding pelajar Cina sebab di situ bandar orang Melayu, tapi kita tidak boleh tutup sebab sudah lama di situ,” katanya pada sidang media khas di kementeriannya di sini hari ini.

Saifuddin (tengah) memegang plakad #Momen Negaraku selepas temu bual khas sempena Bulan Kebangsaan 2020 bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) supaya semua sekolah vernakular dimansuhkan secara berperingkat.

Berita Penuh : Sinar Harian

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS