Selangor tidak berminat, Kedah ada peluang tandatangani Sonny Norde?
Selangor tidak berminat, Kedah ada peluang tandatangani Sonny Norde?

Selangor tidak berminat, Kedah ada peluang tandatangani Sonny Norde?

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner, menafikan pasukan Gergasi Merah itu berminat untuk menandatangani penyerang Melaka United, Sony Norde.

Sony mengumumkan kelmarin bahawa dia akan meninggalkan Melaka berikutan tidak lagi gembira bersama pasukan Hang Tuah berkenaan.

Baca Juga: Sonny Norde angkat kaki, sertai Kedah?

“Apabila anda tidak gembira, anda tidak akan kekal, jadi saya tidak gembira di sini dan sebab itulah saya mahu pergi.

“Saya berharap semua penyokong Melaka dapat memaafkan saya kerana saya sentiasa mahu bermain untuk mereka tetapi adakalanya takdir membawa anda ke haluan berbeza.

“Saya amat sedih meninggalkan pasukan ini tetapi saya tidak mempunyai pilihan kerana keutamaannya adalah keluarga saya,” katanya.
Sony menolak beberapa tawaran pasukan lain awal musim ini untuk kekal bersama Melaka United di bawah kendalian Zainal Abidin Hassan.

Dia dikaitkan untuk menyertai Selangor dalam jendela perpindahan kali ini tetapi Feichtenbeiner berasakan tiada keperluan untuk merombak kekuatan pasukannya, terutama selepas membelasah Sarawak United 7-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Petaling Jaya semalam.

Baca Juga: 3 pemain baru mampu bantu Kedah di Piala AFC atau sebaliknya?

“Kami tidak melakukannya, kami akan kekal dengan pemain import sedia ada dan kami gembira dengan pemain import kami, jadi tiada lagi tempat untuk pemain import lain.

“Dia pemain yang hebat dan saya menggemarinya tetapi buat masa ini, tiada peluang dan tiada keperluan buat kami,” katanya dalam sidang media seperti yang dipertik Nadi Arena.

(Visited 3,406 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )