Semak kemasukan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 hari ini
Semak kemasukan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 hari ini

Semak kemasukan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 hari ini

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia memaklumkan bahawa pembayaran bagi fasa pertama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi tahun 2022 bagi mereka yang mempunyai akaun bank akan mula dimasukkan dari 28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022 secara berperingkat.

Manakala bagi individu yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran tunai akan diberikan bermula 30 Mac 2022. Penunaian boleh dibuat di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Semakan bayaran boleh dibuat dengan klik pautan ini : BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Pengguna juga boleh log masuk menggunakan pautan ini : LOG MASUK BKM 2022

Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

• Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

• Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

BACA JUGA:

Semak kelulusan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di sini sekarang!

RM10ribu KWSP boleh dikeluarkan melalui portal khas ini sahaja

 

(Visited 92 times, 1 visits today)

COMMENTS