Sepasang suami isteri antara 20 individu ditahan AADK
Sepasang suami isteri antara 20 individu ditahan AADK

Sepasang suami isteri antara 20 individu ditahan AADK

Sepasang suami isteri antara 20 individu ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda dalam serbuan sekitar daerah ini kerana positif dadah, semalam.

Pasangan yang mempunyai tiga anak itu ditahan dalam operasi di sekitar Sungai Petani, Tanjung Dawai, Kota Kuala Muda dan Bedong.

Ketua Pegawai AADK Kuala Muda, Arnida Ishak, berkata operasi bermula jam 9 pagi hingga 8 malam itu disertai empat anggota diketuai Irdawati Abdul Hamid.

Beliau berkata, 20 penagih yang ditahan itu terdiri daripada 19 lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya berusia antara 20 hingga 51 tahun.

“Kita tahan pasangan suami isteri itu selepas mereka didapati positif dadah jenis methampetamine.

“Kesemua 20 orang yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Kuala Muda untuk menjalani ujian saringan awal air kencing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arnida berkata, 10 daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine dan norphine manakala 10 lagi positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, kesemua individu disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

“Daripada jumlah itu, 15 yang ditahan akan di reman di lokap AADK Kuala Muda dan lagi dibebaskan dengan jaminan bersyarat.

— BHarian

(Visited 11 times, 1 visits today)

COMMENTS