Sering Minta Bonus, Pekerja Lelaki Dibunuh Kejam
Sering Minta Bonus, Pekerja Lelaki Dibunuh Kejam

Sering Minta Bonus, Pekerja Lelaki Dibunuh Kejam

Berang pekerjanya kerap meminta gaji dan bonus sempena Krismas, seorang pemilik restoran piza di Argentina,
membunuh lelaki itu sebelum menanam mayat mangsa di halaman rumahnya.

Luis Mieres, 69, ditahan selepas penemuan mayat pekerjanya, Jorge Daniel Zagari, 53, yang ditanam dan disimen
di bandar Ituzaingo di wilayah timur Buenos Aires.

The Sun UK melaporkan mangsa berpengalaman dalam membuat piza di restoran itu namun wabak Covid-19 menjadikannya tergolong dalam kategori berisiko tinggi dan dia seharusnya mengambil cuti kerja.

Zagari meninggalkan rumah minggu lalu untuk meminta gaji daripada majikan, tetapi selepas itu dia dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

Pada hari sama, kereta mangsa ditemui terbakar di bandar Merlo.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kereta suspek dilihat di tempat kejadian.

Susulan itu, pasukan pendakwaan yang mengetuai siasatan, Maria Laura Cristina memerintahkan serbuan di rumah Mieres sebelum polis menemui simen yang masih baru di halaman rumahnya.

Selepas pemeriksaan, polis menemui mayat Zagari yang ditanam di bawah lapisan simen berkenaan.

Siasatan mendapati Zagari dipukul di kepala dengan objek tumpul berkemungkinan batang besi, namun polis masih menunggu laporan bedah siasat.

Pihak berkuasa menahan Mieres di rumahnya dan sebelum suspek mengaku melakukan jenayah itu beberapa jam kemudian.

Ketika disoal siasat, suspek mengatakan pekerjanya mendesak supaya dia membayar gaji, cuti, dan bonus Krismas sebelum kedua-duanya bertengkar.

Polis turut menahan rakan suspek, Marisol Albornoz Hermosilla, 63, dan anaknya, Martin Silva yang dipercayai bersubahat menanam mayat itu.

Artikel : Harian Metro

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS