Shahruddin Md Salleh letak jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya berkuatkuasa serta merta.
Shahruddin Md Salleh letak jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya berkuatkuasa serta merta.

Shahruddin Md Salleh letak jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya berkuatkuasa serta merta.

Kuala Lumpur – Timbalan Menteri Kerja Raya, Yb Datuk Dr Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.

Melalui kenyataan akhbar beliau, ” Dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan perkara di atas berkuatkuasa mulai hari ini.”

” Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN.”

Ujarnya lagi, ” Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14″.

” Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh YAB Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional PN.” Katanya dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.

(Visited 10 times, 1 visits today)

COMMENTS