'Si Pemenggal' Ditemui Mati Di Depan Rumah
‘Si Pemenggal’ Ditemui Mati Di Depan Rumah

‘Si Pemenggal’ Ditemui Mati Di Depan Rumah

Wanita Colombia yang digelar ‘Pemenggal Burung Hantu’ maut dibunuh pada petang Ahad lalu, kira-kira enam bulan selepas dia memperoleh gelaran berkenaan.

Mileydis Aldana, 21, ditembak di luar rumahnya di bandar Corozal, Sucre oleh dua penunggang motosikal tidak dikenali.

Dia dikejarkan ke hospital oleh saudaranya namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di bahagian kecemasan.

Aldana sebelum ini menjadi bualan selepas memuat naik video memenggal kepala burung hantu dan bergambar dengan haiwan malang berkenaan.

Pada Jun lalu, kisahnya tular di Amerika Latin susulan video dan gambar pemenggalan burung hantu yang menjengkelkan.

Dia juga pernah disoal siasat polis berikutan tindakan membunuh haiwan itu selepas agensi alam sekitar Colombia menerima aduan penduduk, manakala pendakwa raya tempatan memaklumkan Aldana disiasat atas dakwaan kekejaman terhadap binatang.

Dalam tempoh beberapa minggu lalu, wanita itu dikatakan menerima kecaman dan ancaman di media sosial, namun pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung motif pembunuhan.

Bagaimanapun, berita kematian wanita itu menerima komen segera aktivis dan pencinta binatang di media sosial.

Seorang daripadanya, Andres Rojas Arenas yang menyifatkan kematian Aldana sebagai ‘berita yang menenangkan jiwa’ dan Ramirz Juli pula berkata, ‘burung hantu akan datang menjemputnya’

Artikel : Harian Metro

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS