'Siang, malam, asyik-asyik cerita Tangmo, Tangmo'
‘Siang, malam, asyik-asyik cerita Tangmo, Tangmo’

‘Siang, malam, asyik-asyik cerita Tangmo, Tangmo’

Penceramah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias menegur sikap orang ramai yang disifatkan berlebihan dan terlalu taksub dalam memberi perhatian kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida, sejak tiga minggu lalu.

Ustaz Kazim dalam satu rakaman ceramah yang dimuat naik pengguna aplikasi TikTok @SaidahSprdn berkata, sepatutnya ada perkara lain yang boleh dibincangkan termasuk bulan Ramadan yang bakat disambut tidak lama lagi.

“Orang kita ni tak ada kena mengena dengan dia pun dia sibuk. Aktres Thailand Tangmo mati sibuk siang malam, siapa bunuh dia, kesian. Siang malam duk cerita Tangmo, Tangmo apa? Lantak dia la dah mati. Tak ada kena mengena dengan kita pun. Nak kata sepupu pun tidak, anak sedara pun tidak.

“Membicarakan tentang dia lebih daripada membicarakan nak sambut Ramadan. Apa orang Melayu kita ni, pelik. Pelik tuan-tuan. Benda yang tak ada kena mengena dengan dia, dia sibuk bincang. Orang Kedah kata ‘tak ada bertadong dengan dia.

“Bertadong ni tak ada kaitan. Siang, malam pagi, petang duk bincang Tangmo, Tangmo, Tangmo pening kepala kita tuan-tuan. Biaq pi kat depalah (biarkanlah mereka), banyak hal lain yang kita boleh bincang.” Katanya

(Visited 35 times, 1 visits today)

COMMENTS