Siapa dia Anwar Ibrahim?
Siapa dia Anwar Ibrahim?

Siapa dia Anwar Ibrahim?

Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim ini? Mengapa menjadikan beliau perdana menteri amat besar rintangan nya? Kenapa ramai yang rasa gerun bila beliau nak jadi perdana menteri?

SIAPA DIA ANWAR IBRAHIM

– Pada tahun 1993 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Euro Money Magazine sebagai Menteri Kewangan yang TERBAIK DI DUNIA.

– Pada tahun 1996 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Money Magazine sebagai Menteri Kewangan TERBAIK DI ASIA.

– Pada 2008, Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah TIME.

– Anwar Ibrahim menjadi tokoh politik Malaysia pertama yang diakui sebagai PAKAR PERUNDING KEWANGAN oleh Bank Dunia pada tahun 2008.

– Anwar Ibrahim menjadi tokoh politik pertama Malaysia yang diakui sebagai PAKAR EKONOMI & KEWANGAN oleh Bank Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 2014.

– Pada tahun 1998 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Weeks Magazine sebagai The Asian of the Year.

– Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang dilantik sebagai Consultant Bank Dunia (Pengerusi bahagian Pembangunan) di Bank Dunia pada tahun 1995.

– Anwar Ibrahim dilantik independent non-executive director, ABG (badan pelaburan dan Islamic Bank antara yang terbesar di dunia) sejak Mac 2006.

– Kerajaan Turki telah mengambil Anwar sebagai *Penasihat Ekonomi dan Kewangan Negara Turki. Ekonomi Kerajaan Turki sekarang adalah yang ke-7 terbaik di dunia dan ke-3 terbaik di kalangan negara-negara Europah.

– Singapura pernah mendapatkan nasihat kewangan Anwar Ibrahim dengan bayaran sebanyak SD 100,000 bagi setiap satu jam khidmat nasihat kewangan.

– Di Tunisia, Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia.

– Di Mesir pada tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama di Persidangan Antarabangsa Islam dan Demokrasi.

– Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Beliau sangat dihormati di Indonesia. Seorang tokoh politik asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

– Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford* dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat.

– Anwar juga dilantik Penasihat Ekonomi Negara Qatar dan beberapa institusi perbankan di Negara Arab.

Di Malaysia pula…

1). Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, pertumbuhan (Growth) Ekonomi Malaysia berada pada kadar 7- 9 % selama 8 berturut-turut.

2). Pertumbuhan (Growth) Ekonomi Malaysia nombor 1 di Asean.

3). Persaingan (Competitiveness) Malaysia nombor 1 di Asean.

4). Pelaburan langsung FDI (Foreign Direct Investment) Malaysia nombor 1 di Asean.

5). Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan PERTAMA Malaysia yang membentangkan belanjawan yang mendapat UNTUNG iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan atau surplus budget.

6). Setelah Anwar Ibrahim berjaya mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia dan Malaysia boleh berdikari, akhirnya Anwar Ibrahim menulis surat kepada Bank Dunia untuk menghentikan bantuan kewangan kepada Malaysia kerana Malaysia sudah mampu berdikari sendiri.

7) Selepas Anwar Ibrahim berjaya mengurus Kewangan dan Ekonomi Malaysia dan mendapat keuntungan, Anwar Ibrahim mulai membayar hutang luar Malaysia sebanyak RM 10 Bilion setiap tahun dan Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan PERTAMA Malaysia membayar hutang luar.

– Kejayaan Anwar mengurus ekonomi menjadikan Malaysia ketika itu sebagai Asean Tiger.

– Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia dengan trek rekod yang baik di Malaysia, Asia dan Dunia.

ITULAH ANWAR IBRAHIM…

(Visited 68 times, 1 visits today)

COMMENTS