Sisihkan Ozil Punca Arsenal Jadi Lemau?
Sisihkan Ozil Punca Arsenal Jadi Lemau?

Sisihkan Ozil Punca Arsenal Jadi Lemau?

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya salah satu punca prestasi skuad The Gunners merudum musim ini adalah disebabkan kesilapan besar yang dilakukan oleh barisan kejurulatihan kerana menggugurkan pemain tengah sensasi, Mesut Ozil dalam kesebelasan utama.

Sebagai rekod, Wenger menjadi watak penting dalam merea­lisasikan penghijrahan Ozil ke Arsenal daripada Real Madrid dengan nilai perpindahan seba­nyak £43 juta (RM230 juta) pada tahun 2013.

Kata Wenger, Ozil yang kini berusia 32 tahun merupakan pemain cukup istimewa dan boleh membantu mana-mana pasukan untuk melakar kemenangan dan apa yang dilakukan oleh pengurus ketika ini, Mikel Arteta telah membawa padah.

Malah, Wenger mengkritik kenyataan yang dikeluarkan oleh pengendali muda dari Sepanyol itu dengan mengatakan salah satu punca Ozil diketepikan adalah kesukaran pemain berkenaan untuk memberi kerjasama selain dianggap ‘besar kepala’.

“Saya tidak pernah mengalami sebarang masalah sepanjang membimbing Ozil dalam pasukan dan saya percaya dan pasti sikapnya masih kekal sama sejak dulu sehingga kini. Justeru, kritikan atau segala kecaman yang dilontarkan terhadap Ozil bagaikan tidak relevan.

“Pada saya, tidak wajar untuk pasukan terus menghukum Ozil dengan tidak menyenaraikannya langsung dalam skuad utama sekali gus gagal membuat sebarang kemunculan kompetitif musim ini.

“Ia adalah keputusan yang silap kerana berdasarkan pres­tasi semasa, Arsenal bermain de­ngan sangat teruk tanpa mencipta banyak peluang di bahagian serangan sedangkan Ozil adalah jalan penyelesaian terbaik untuk masalah itu,” katanya.

Sumber : Kosmo

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS