Siti Kasim Mohon Maaf Tersilap Kongsi Gambar Edit
Siti Kasim Mohon Maaf Tersilap Kongsi Gambar Edit

Siti Kasim Mohon Maaf Tersilap Kongsi Gambar Edit

PEGUAM Siti Zabedah Kasim memohon maaf kepada seorang pengguna Facebook dengan akaun bernama Hj Joe gara-gara tersilap berkongsi gambar lelaki tersebut yang telah diedit di Facebooknya dua hari lalu.

“Saya dengan tulus ikhlas, meminta maaf kepada Hj Joe atas pengeposan yang saya buat 2 hari yang lalu berkenaan ‘Selamatkan Janda’,” Kata Siti Kasim

Baca Juga : “Tarik Sahaja Sokongan Daripada Muhyiddin, Demi Rakyat” – Puad

Hantaran Siti Kasim yang kini telah diturunkan

Bagaimanapun, perkongsian Siti Kasim itu segera mendapat perhatian dari Hj Joe lantas beliau mahu menyaman segera Siti Kasim kerana berkongsi foto yang telah diubah suai serta mendatangkan fitnah ke atas beliau.

Apabila beliau memberitahu bahawa gambar tersebut telah di edit, Siti Kasim telah menurunkan gambar tersebut dengan serta-merta.

Siti Kasim yang menyedari kesilapan terbabit serta-merta membuat permohonan maaf di Facebooknya hari ini.

“Saya mengambil gambar itu dari twit yang dibuat oleh seorang lelaki yang mana saya mempercayai bahawa ia benar. Saya tidak ada keraguan untuk meminta maaf sekiranya saya melakukan kesilapan.

“Seperti yang anda semua ketahui, saya sendiri menjadi mangsa dengan gambar yang diedit dan dipanggil nama pelbagai jenis. Saya hanya manusia biasa dan saya membuat kesilapan dengan tidak memeriksa kebenaran foto tersebut.

“Sekali lagi, saya memohon maaf kepada Hj Joe dengan kesilapan saya”. Kata Siti Kasim

Baca Juga : PRU 15 : Pejuang Bersedia Bertanding Atas Tiket Parti Lain

(Visited 9 times, 1 visits today)

COMMENTS