Siti Nurhaliza hamil 4 bulan
Siti Nurhaliza hamil 4 bulan

Siti Nurhaliza hamil 4 bulan

Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan dia kini hamil anak kedua.

Siti berkata, usia kehamilannya sudah memasuki empat bulan dan berharap semua pihak mendoakan kehamilannya berada dalam keadaan baik.

“Benar saya sedang hamil empat bulan. Alhamdulillah, saya ingin berterima kasih kepada semua kerana ramai yang mendoakan kehamilan kedua ini. Doakan semoga kehamilan ini saya diberikan kekuatan serta melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna.

“Soal jantina saya terima dengan hati terbuka, tapi lebih seronok kalau kehamilan kali ini dapat timang anak lelaki. Apapun doakan agar semuanya berjalan dengan baik,” katanya pada majlis pelancaran produk BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi maya, hari ini.

Menurut Siti, dia mengakui ramai yang sudah dapat meneka serta berteka-teki mengenai kehamilan keduanya.

“Rasanya sudah ramai yang boleh agak dan berteki-teki selepas saya ambil keputusan untuk berehat dan duduk di rumah. Lagipun dalam suasana yang tidak mengizinkan ini adalah lebih baik untuk duduk di rumah saja,” katanya.

Pada 2017, Situ mengumumkan dia hami selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K.

Itu adalah khabar terindah dalam hidupnya selepas mengalami keguguran pada November 2015.

Siti mengaku menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan cahaya mata pertamanya hasil perkahwinan dengan Datuk K.

Rawatan IVF itu adalah percubaan ketiga dilakukan Siti sepanjang tempoh 11 tahun berkahwin dengan suami. Siti selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini Aafiyah mencecah usia dua tahun.

— HMetro

(Visited 31 times, 1 visits today)

COMMENTS