SITUASI COVID-19: 5 KEMATIAN DICATATKAN HARI INI.
SITUASI COVID-19: 5 KEMATIAN DICATATKAN HARI INI.

SITUASI COVID-19: 5 KEMATIAN DICATATKAN HARI INI.

Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 122 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 767 kes (24.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 2 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 208 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,116 kes.

Sehingga kini, seramai 105 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan lima (5) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes (1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS