Situasi Semasa Jangkitan Penyakit COVID-19 di Malaysia, 17 ogos 2021

Situasi Semasa Jangkitan Penyakit COVID-19 di Malaysia, 17 ogos 2021

SITUASI SEMASA JANGKITAN

PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

17 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes   sembuh  :   16,468  kes   (1,179,046  kes kumulatif, 81.6%);
  • Kes baharu : 19,631 kes (1,444,270 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (2 warganegara, 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,624 kes [16,677 warganegara (85.0%); 2,947 bukan warganegara (15.0%)];
  • Kes aktif : 252,147 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,054 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 525 kes;
  • Kes kematian : 293 kes [13,077 kes kumulatif, 0.90%; 251 warganegara, 42 bukan warganegara; 44 kes BID (28 warganegara; 16 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,257 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 39 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,897 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,360 kluster.

Daripada 19,631 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 305 kes (1.6 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,326 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 16,638 kes (84.75 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

 

Sebanyak 293 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 90 kes di Selangor, 47 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 42 kes di Johor, 21 kes di Pahang, masing-masing 19 kes di Melaka dan Perak, 15 kes di Sabah, masing-masing sembilan kes di Negeri Sembilan dan Kedah, lapan (8) kes di Pulau Pinang, tujuh (7) kes di Kelantan, lima (5) kes di Terengganu, serta dua (2) kes di Sarawak.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 (STATUS SEHINGGA 16 OGOS 2021)

Berdasarkan data terkini pada 16 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.25), diikuti oleh Sarawak (nilai RT 1.23), dan Kelantan (nilai RT 1.19). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 43 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 710 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 690 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 467 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 6 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

 

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 17 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

  NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (   ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 6,556 97.63 5,753 (2) 524,113
WP KUALA LUMPUR 1,884 98.59 1,765 (5) 157,624
SABAH 1,772 43.79 2,103 108,933
KEDAH 1,707 75.27 1,863 72,087
JOHOR 1,516 38.61 1,309 113,664
PULAU PINANG 1,253 69.38 1,275 62,837
KELANTAN 1,160 59.19 1,268 59,611
PERAK 943 36.10 1,101 52,621
SARAWAK 937 32.23 835 89,407
NEGERI SEMBILAN 730 62.80 490 85,702
MELAKA 675 69.31 623 41,270
PAHANG 630 36.01 670 35,090
TERENGGANU 549 42.43 498 25,502
WP PUTRAJAYA 49 52.10 41 4,965
PERLIS 32 12.04 37 1,099
WP LABUAN 4 3.46 0 9,745
MALAYSIA 20,397 59.57 19,631 (7) 1,444,270

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

**Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 

 

LAMPIRAN 3

Perincian 19,631 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 17 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN- LAIN
SELANGOR 5,753 239 2,935 2 2,577
SABAH 2,103 161 1,243 699
KEDAH 1,863 86 1,082 695
WP KUALA LUMPUR 1,765 31 818 5 911
JOHOR 1,309 159 698 452
PULAU PINANG 1,275 224 245 806
KELANTAN 1,268 138 823 307
PERAK 1,101 200 395 506
SARAWAK 835 187 440 208
PAHANG 670 163 412 95
MELAKA 623 140 256 227
TERENGGANU 498 38 350 110
NEGERI SEMBILAN 490 79 289 122
WP PUTRAJAYA 41 30 11
PERLIS 37 3 21 13
WP LABUAN
JUMLAH KESELURUHAN 19,631 1,848 10,037 7 7,739

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 17 OGOS 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
  1 Tapak Bina Tanjung Karang Tempat Kerja   Selangor Kuala Selangor dan Sabak Bernam   74   153
2 Tapak Bina Jalan Ecohill Satu Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 56 179
3 Sepang Tani Tempat Kerja Selangor Sepang 45 222
4 Industri Jalan 10 Bangi Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 44 62
  5 Industri Perusahaan Dua Batu Caves Tempat Kerja   Selangor   Gombak   36   199
6 Tapak Bina Putra Puchong Tempat Kerja Selangor Sepang 21 224
7 Jalan Putra Perdana Tempat Kerja Selangor Sepang 19 42
8 Bandar Baru Tumpat Tempat Kerja Kelantan Tumpat 21 59
9 Pantai Kemayang 2 Tempat Kerja Kelantan Bachok dan Kota Bharu 14 33
  10   Jalan Ismail Hilir Tempat Kerja   Kelantan Kota Bharu, Tumpat, dan Pasir Mas   9   15
11 Industri Langkasuka Tempat Kerja Johor Johor Bahru 35 499
  12 Industri Jalan Kampung Sungai Telur Tempat Kerja   Johor   Kota Tinggi   17   97
13 Jalan Pukal Tiga Tempat Kerja Johor Johor Bahru 14 192
14 Industri Kampung Jawa Tempat Kerja Negeri Sembilan Jempol dan Jelebu 37 125
NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
15 Tapak Bina Bayu Tempat Kerja Negeri Sembilan Seremban 32 87
16 Jalan Akses Tempat Kerja Sarawak Sri Aman 14 74
17 Jalan Johari Sunam Tempat Kerja Sarawak Bintulu 5 35
    18   Lebuhraya Bandar Cassia   Tempat Kerja   Pulau Pinang Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Timur Laut     51     507
19 Tingkat Selamat Dua Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Utara 49 660
20 Jalan Seri Utara Satu Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong 9 25
21 Ladang Sungai Telemung Tempat Kerja Pahang Bentong 33 36
22 Ladang Padang Tengku Tempat Kerja Pahang Lipis 18 174
23 Dah 3/3 Industri Sungai Petani Tempat Kerja Kedah Kuala Muda 56 124
24 Kampung Lepar Miak Komuniti Kelantan Gua Musang 21 26
25 Kampung Kijang Komuniti Kelantan Kota Bharu 14 22
26 Lorong Wook Komuniti Kelantan Pasir Mas 11 26
27 Kampung Kubang Rambutan Komuniti Kelantan Pasir Mas 9 9
28 Kampung Kakeng Komuniti Sarawak Serian dan Tebedu 65 97
29 Jalan Lembah Hijau Komuniti Sarawak Miri 31 69
30 Mas Puchong Komuniti Selangor Sepang 70 320
NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
31 Teluk Merbau Komuniti Selangor Sepang 48 150
32 Sawit Baiduri Komuniti Sabah Lahad Datu 77 178
33 Bukit Payung Taboh Naning Komuniti Melaka Alor Gajah 39 140
34 Kampung Panchor Komuniti Terengganu Besut 35 58
35 Dusun Kubur Komuniti Negeri Sembilan Jelebu 26 52
36 Jalan Dato Usman Awang Komuniti Johor Kota Tinggi 16 108
37 DTI Juru 2 Pusat Tahanan Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 61 143
38 Pagar Bertam Satu Pusat Tahanan Pulau Pinang Seberang Perai Utara 41 63
  39   Solok Keramat Kumpulan Berisiko Tinggi   Selangor   Klang   16   31

LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 16 OGOS 2021

NEGERI NILAI RT
PERLIS 1.25
SARAWAK 1.23
KELANTAN 1.19
SABAH 1.15
PULAU PINANG 1.15
PERAK 1.10
KEDAH 1.09
JOHOR 1.09
MELAKA 1.09
TERENGGANU 1.08
PAHANG 1.08
SELANGOR 1.01
WP KUALA LUMPUR 0.99
NEGERI SEMBILAN 0.96
WP PUTRAJAYA 0.93
WP LABUAN 0
MALAYSIA 1.05

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )