Situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia, 31 julai 2021
Situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia, 31 julai 2021

Situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia, 31 julai 2021

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

31 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 11,718 kes (914,639 kes kumulatif, 82.2%);
  • Kes baharu : 17,786 kes (1,113,272 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (5 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 17,777 kes [15,151 warganegara (85.2%);  2,626 bukan warganegara (14.8%)];
  • Kes aktif : 189,609 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,062 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 534 kes;
  • Kes kematian : 165 kes (9,024 kes kumulatif, 0.81%; 155 warganegara, 10 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,679 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 28 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,573 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,106 kluster.

Daripada 17,786 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 260 kes (1.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 17,526 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes, sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Status vaksinasi COVID-19 mengikut setiap kategori adalah seperti Rajah 1.

Rajah 1 Status Vaksinasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 165 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 52 kes di Selangor, 30 kes di Johor, 23 kes di Negeri Sembilan,  18 kes di Kedah, masing-masing sembilan (9) kes di Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh (7) kes di Pulau Pinang, empat (4) kes di Melaka, masing-masing tiga (3) kes di Perak,Terengganu, dan Sarawak,  dua (2) kes di Pahang serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan dan Perlis.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R/R(STATUS SEHINGGA 30 JULAI 2021) 

Berdasarkan data terkini pada 30 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.12. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.29) dan Kelantan (nilai RT 1.29) diikuti oleh Sabah (nilai RT 1.25). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perlis.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Julai 2021 @ 6:30 petang.

 

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 31 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 6,400 (9) 407,419
WP KUALA LUMPUR 1,962 123,027
JOHOR 1,144 90,683
SABAH 1,035 84,721
SARAWAK 485 76,728
NEGERI SEMBILAN 929 71,491
PULAU PINANG 713 45,833
KEDAH 1,389 45,631
KELANTAN 580 42,994
PERAK 775 37,679
MELAKA 697 31,366
PAHANG 653 24,436
TERENGGANU 883 16,948
WP LABUAN 9 9,661
WP PUTRAJAYA 116 3,951
PERLIS 16 704
JUMLAH KESELURUHAN 17,786 (9) 1,113,272

LAMPIRAN 3

Perincian 17,786 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 31 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 6,400 262 3,776 9 2,353
WP KUALA LUMPUR 1,962 239 995 728
KEDAH 1,389 214 779 396
JOHOR 1,144 284 561 299
SABAH 1,035 191 497 347
NEGERI SEMBILAN 929 50 602 277
TERENGGANU 883 291 458 134
PERAK 775 143 258 374
PULAU PINANG 713 97 278 338
MELAKA 697 221 316 160
PAHANG 653 103 432 118
KELANTAN 580 163 235 182
SARAWAK 485 54 257 174
WP PUTRAJAYA 116 1 92 23
 PERLIS 16 14 2
WP LABUAN 9 6 3
JUMLAH KESELURUHAN 17,786 2,313 9,556 9 5,908

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 31 JULAI 2021

No Nama Kluster Kategori Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah disaring
1 Industri Jasmine Dua Bukit Beruntung Tempat Kerja Selangor Hulu Selangor 42 74
2 Industri Hulu Tinggi Tempat Kerja Selangor Petaling 52 151
3 Industri Jalan Perak Tempat Kerja Selangor Kuala Langat, Klang, dan Kuala Selangor 57 346
4 Tapak Bina Persiaran Aman Tempat Kerja Selangor Kuala Langat 42 627
5 Tapak Bina Setia Marina Tempat Kerja Selangor Sepang 11 244
6 Jalan Bawal Tambak Tempat Kerja Selangor Klang 79 114
7 Industri Jalan Bekok-Paloh Tempat Kerja Johor Segamat 36 114
8 Tapak Bina Jalan Kangkar Tebrau Tempat Kerja Johor Johor Bahru 26 106
9 Jalan Rami Lima Tempat Kerja Johor Muar 31 58
10 Jalan Desa Bahagia Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 39 85
11 Tapak Bina Jalan Kuang Bertam Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong 11 62
12 Dah Perdana Industri Kulim Tempat Kerja Kedah Kulim dan Baling 36 65
13 Jalan Besar Tapah Tempat Kerja Perak Batang Padang 25 186
14 Pertak Komuniti Selangor Hulu Selangor 24 44
15 Kampung Keluat Komuniti Kelantan Bachok 11 22
16 Kampung Nangka Bekelam Komuniti Kelantan Bachok 20 36
17 Kampung Tok Kaya Komuniti Kelantan Kota Bharu 8 17
18 Kampung Guchil Tujuh Komuniti Kelantan Kuala Krai 27 33
19 Kampung Tempoyak Kadok Komuniti Kelantan Kota Bharu dan Pasir Puteh 9 18
20 Kampung Tok Sadang 2 Komuniti Kelantan Kota Bharu 11 22
21 Jalan Corak Komuniti Sabah Tongod 12 67
22 Kampung Tengah Pangkor Komuniti Perak Manjung 21 101
23 Jambatan Lemua Komuniti Sarawak Beluru 11 133
24 Kampung Git Komuniti Sarawak Kuching 20 41
25 Dah Kampung Tengas Komuniti Kedah Bandar Baharu 18 29
26 Gambaron 2 Keagamaan Sabah Telupid 53 95
27 Jalan Pulai 22 Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Johor Bahru 6 57
28 KM4 Dengkil Banting Pusat Tahanan Selangor Sepang 61 130

LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 30 JULAI 2021

NEGERI NILAI RT
TERENGGANU 1.29
KELANTAN 1.29
SABAH 1.25
KEDAH 1.22
PERAK 1.22
JOHOR 1.18
PULAU PINANG 1.18
WP PUTRAJAYA 1.16
PAHANG 1.13
WP KUALA LUMPUR 1.12
SELANGOR 1.08
SARAWAK 1.05
MELAKA 1.03
NEGERI SEMBILAN 0.90
WP LABUAN 0.00
PERLIS 0.00
MALAYSIA 1.12

(Visited 27 times, 1 visits today)

COMMENTS