Soal parti dengan istana, saya ada pendirian sendiri - Shahrir Samad
Soal parti dengan istana, saya ada pendirian sendiri – Shahrir Samad

Soal parti dengan istana, saya ada pendirian sendiri – Shahrir Samad

PETALING JAYA: Veteran Umno Shahrir Abd Samad menegaskan mempunyai prinsip tersendiri berkait isu pelantikan menteri besar Johor apabila beliau dilihat seperti tidak bersetuju dengan perkara itu.

Ketua Umno Johor Bahru itu berkata, selepas mengeluarkan kenyataan “malu” untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) berikutan Hasni Mohammad tidak dilantik sebagai menteri besar, beliau ditanya mengapa dirinya dilihat seolah-olah mempersoalkan kuasa Raja untuk menentukan siapa layak memegang jawatan itu.

“Dalam soal hubungan antara parti (Umno) dengan Raja, saya mempunyai pendirian saya sendiri. Tidak setiap masa, saya menyokong parti dalam soal ini dan tidak setiap masa, saya menyokong Raja pula.

“Jadi, saya bukan ‘royalist’ atau tegar Umno, saya ada prinsip saya sendiri sebagai seorang demokrat. Kuasa bagi saya haruslah bersendalkan kepada kebijaksanaan,” katanya di Facebook.

Shahrir turut memberikan contoh ketika krisis perlembagaan berikutan Yang di-Pertuan Agong tidak berkenan terhadap undang-undang diluluskan oleh Parlimen, beliau mengambil keputusan untuk bersama parti.

“Apabila parti pula nak mansuhkan Timbalan Setia Johor, iaitu JMF, saya melobi Ghani Othman (bekas menteri besar) untuk minta ditarik balik Rang Undang-Undang itu. Maka selamatlah suatu warisan negeri Johor,” katanya.–FMT

(Visited 27 times, 1 visits today)

COMMENTS