
Sonny Norde angkat kaki, sertai Kedah?
Menurut beberapa sumber, Kedah dan Selangor sedang dalam perbincangan mendapatkan pemain import yang boleh beraksi di beberapa posisi di jentera depan, Sony Norde, menjelang penutupan jendela perpindahan.
Berbaki lima hari sebelum jendela perpindahan kedua ditutup pada Jumaat, Malaysia Football League (MFL) setakat ini hanya mengesahkan dua buah pasukan yang telah melengkapkan proses pendaftaran pemain.
Baca Juga: Sanusi ‘malas’ nak komen perbualan TMJ-Pan Gon
Dua pasukan tersebut adalah Sri Pahang FC dan Negeri Sembilan FC. Jadi, kita menanti baki 10 pasukan lagi.
📝 TEMPOH PENDAFTARAN KEDUA LIGA MALAYSIA 2022
Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC membatalkan dan mendaftarkan pemain-pemain berikut.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/1BYLaKgGIA
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) June 18, 2022
Kedah dan Selangor, jika dilihat sudah tiada keperluan untuk menukar pemain import apabila masing-masing sudah lengkap lima pemain. Namun, jika khabar ini benar, kedua-dua pasukan mungkin akan buat perubahan.
Menurut Semuanybola, berdasarkan senarai terkini di Darul Aman, lima pemain import mereka adalah Marc Vales, Dechi Marcel, Ngah Wanja, Sanrawat Dechmitr, dan seorang lagi pemain dari Jordan yang akan diumumkan, Mahmoud Al-Mardi.
The Red Giants pula ketika ini dilihat tiada sebarang pengumuman perubahan pemain dengan Yazan Al-Arab, Baha’ Abdel-Rahman, Safuwan Baharudin, Caion dan Hyuri dilihat masih bersama mereka di sesi latihan.
Namun, mereka memiliki ruang untuk pendaftaran pemain dalam skuad simpanan, Selangor 2 di Liga Premier.
Berdasarkan situasi ini, hanya Sang Kenari yang bakal berdepan dilema untuk menggugurkan seorang import.
Okay, I am not sure if this is strong or not, but several sources are telling me that Sony Norde could be on the move. The Melaka winger is linked to clubs like Selangor and Kedah. Watch this space! #MSL2022 #MFLTransfer2022
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 19, 2022
Sony Norde ucap selamat tinggal kepada Melaka United dengan perlawanan menentang Negeri Sembilan semalam merupakan aksi terakhir bersama kelab berkenaan dan kini dalam rundingan bersama beberapa kelab liga Malaysia terutama Selangor FC dan Kedah termasuk kelab Indonesia!
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 19, 2022
Baca Juga: Aidil yakin Sanrawat bakal menyinar bersama Kedah menjelang Piala Afc
Selain itu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam turut membuat ciapan yang hampir sama tentang dua pasukan yang berminat untuk mendapatkan pemain tersebut, tetapi dengan tambahan kelab dari Indonesia.
Jadi, aksi tanpa jaringan antara Melaka United dan Negeri Sembilan malam tadi merupakan perlawanan terakhir Sony Norde bersama skuad Hang Tuah. Musim ini beliau beraksi dalam tujuh perlawanan tanpa sebarang gol.