Status FB 2020 Viral,Pensyarah UITM pernah luah rasa kesian pada golongan memerlukan
Status FB 2020 Viral,Pensyarah UITM pernah luah rasa kesian pada golongan memerlukan

Status FB 2020 Viral,Pensyarah UITM pernah luah rasa kesian pada golongan memerlukan

Kali ini, majoriti netizen turut sepakat menyelar tindakan seorang ahli akademik bergelar pensyarah yang tergamak mengherdik mahasiswa gara-gara tidak memiliki komputer.

Sejak video itu meledak pada Selasa malam, nama pensyarah Profesor Dr Ts Roshana Takim hangat menjadi sasaran kemarahan netizen.

Semakan Kedahkini pada Rabu turut mendapati kata kunci Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan perkataan prof (profesor) trending di laman Twitter.

Ia susulan ciapan berterusan netizen yang hangat memperkatakan isu panas melibatkan tenaga pengajar UiTM itu.

Malah, media sosial rasmi UiTM seperti Facebook dan Instagram turut menjadi lubuk kecaman netizen.

Dalam pada itu, perkongsian lama di Facebook milik pensyarah wanita berkenaan turut dikorek semula dan ditularkan netizen.

Antara yang mencuri tumpuan merupakan status Facebook pensyarah wanita itu pada 23 Mac 2020 yang menzahirkan rasa kasihan kepada golongan tidak berkemampuan.

“Terkadang saya sensitif tengok rakan-rakan post gambar masakan pagi, petang dengan berbagai-bagai menu masa Covid-19.

“Alahai kasihan mereka yang kurang berkemampuan,” tulisnya.

Luahan di Facebook itu bagaikan berlawanan dengan sikap yang ditunjukkan dalam video tular kali ini, yang mana dia memarahi pelajar kurang berkemampuan dari golongan B40 gara-gara tidak mempunyai komputer.

“Kau pakai apa? Kau pakai fon eh? Mana kau punya komputer? Kau tinggal kat mana? Bapak kau kerja apa?

Mak kau dah tak ada, bapak kau tak kerja? Kau tak ada adik-beradik? Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas dan pergi beli komputer.

“Aku cakap dengan kamu. Kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas, pergi beli komputer.

“Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik, disebabkan kerana kau tidak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excell, pasal itu kau akan menjadi drop out student. Semester lima kau tak ada komputer,” ujarnya dalam video tular.

(Visited 98 times, 1 visits today)

COMMENTS