"Status Halal Produk Daging Kami Dijaga Rapi" - Alana Group
“Status Halal Produk Daging Kami Dijaga Rapi” – Alana Group

“Status Halal Produk Daging Kami Dijaga Rapi” – Alana Group

Kumpulan Allana hari ini memberi jaminan kepada semua penggunanya mengenai status Halal produk daging mereka yang dijaga rapi
dan dipatuhi setiap masa sejajar dengan status Allana sebagai sebuah syarikat yang sangat bertanggungjawab.

Allana dalam satu kenyataan berkata syarikat tersebut sangat gembira kerana sebuah ‘kartel’ haram di Malaysia telah
didedahkan, ini berikutan aspek Halal tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromikan. – Buletin TTKM

Sebagai lanjutan daripada kenyataan itu lagi, tiada sebab mengapa produk Allana dipalsukan kerana bekalan sentiasa mencukupi dan harga produknya yang amat berpatutan.

Baca Juga : AMANAH Ingatkan PH Menang PRU14 Kerana Gandingan Tun M dan Anwar

Semalam, seorang pengguna media sosial yang bernama Muhammad Mamzah mendedahkan 7 jenama produk daging yang diragui status halalnya berikutan serbuan pihak berkuasa di beberapa gudang. Antara produk yang didedahkan beliau adalah termasuk produk Allana.

PENDEDAHAN JENAMA DAGING ‘HALAL’ DARI GUDANG YANG DISERBU OLEH PIHAK BERKUASA

Geram bila kita baca berita viral…

Posted by Muhammad Mamzah on Khamis, 24 Disember 2020

Baca Juga : Ustaz Kasim Mahu Berjumpa Pendakwah Selebriti Kontroversi

(Visited 173 times, 1 visits today)

COMMENTS