Status terkini Covid-19 di seluruh negara

Status terkini Covid-19 di seluruh negara

Sehingga 29 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,956 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 220 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 13 kes baharu yang dilaporkan, lapan (8) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia. Lapan (8) kes import tersebut adalah dari negara:

United Kingdom (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
India (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Pakistan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Gambia (1 kes di Selangor); dan
Ukraine (1 kes di Selangor);
Daripada lima (5) kes penularan di dalam negara, tiga (3) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

 

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (3 kes) adalah :

Johor: satu (1) kes saringan di tempat kerja (iaitu sign-off kapal);
Sarawak: satu (1) kes daripada Kluster Sentosa;
Sabah: satu (1) kes saringan bergejala di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Bagi kes jangkitan dalam negara (2 kes) di kalangan bukan warganegara pula adalah seperti berikut:

Sarawak: satu (1) kes daripada Kluster Mambong;
Perlis: satu (1) kes saringan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebelum dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen Kangar.
Sehingga kini, hanya dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 124 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

STATUS TERKINI KLUSTER MAMBONG DAN KLUSTER SENTOSA DI SARAWAK

KKM ingin memaklumkan status terkini Kluster Mambong dan Kluster Sentosa di mana:

Kluster Mambong:
Sehingga 29 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 198 orang telah disaring di dalam kluster ini (iaitu 188 warganegara Malaysia dan 10 bukan warganegara telah disaring). Daripada jumlah tersebut:

Tujuh (7) dikesan positif COVID-19 (dua (2) kes terdiri daripada bukan warganegara); dan 191 negatif

Kluster Sentosa:
Sehingga 29 Julai 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 1,026 orang telah disaring di dalam kluster ini. Daripada jumlah tersebut:

31 dikesan positif COVID-19;
888 negatif; dan 107 masih menunggu keputusan.

Saringan ini merangkumi petugas kesihatan, ahli keluarga mereka, pekerja syarikat pembersihan, pengawal keselamatan, pesakit dan lain-lain kontak rapat. Perinciannya adalah seperti berikut:

397 anggota kesihatan:
17 dikesan positif COVID-19;
360 negatif; dan
20 masih menunggu keputusan.
104 pekerja syarikat pembersihan dan pengawal keselamatan:
Empat (4) dikesan positif COVID-19;dan
100 negatif;
196 pesakit:
Satu (1) dikesan positif COVID-19;
176 negatif; dan
19 masih menunggu keputusan.
108 ahli keluarga:
Dua (2) dikesan positif COVID-19;
68 negatif; dan
38 masih menunggu keputusan.
221 lain-lain kontak rapat:
Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
184 negatif; dan
30 masih menunggu keputusan.

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )