Sukan Komanwel: Atlet Terjun Dhabitah Raih Dua Perak Satu Gangsa.
Sukan Komanwel: Atlet Terjun Dhabitah Raih Dua Perak Satu Gangsa.

Sukan Komanwel: Atlet Terjun Dhabitah Raih Dua Perak Satu Gangsa.

PETALING JAYA: ‘Dua perak dan dan gangsa. Apa lagi yang boleh saya katakan?’.

Itulah luahan rasa syukur atlet terjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri apabila berjaya membawa pulang dua pingat perak dan satu gangsa di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 kali ini.

Penampilan ketiganya di temasya empat tahun sekali itu, nyata memberi satu lagi kenangan cukup manis dalam kariernya dan mengakui bertuah memiliki pasukan yang sangat supportive.

“Dua perak dan dan gangsa. Apa lagi yang boleh saya katakan? Jadi, sangat bersyukur untuk segala-galanya. Memang mencabar untuk bersaing selama 3 hari berturut-turut.

“Saya sangat bersyukur kerana saya mempunyai pasukan yang boleh menceriakan saya sepanjang pertandingan saya. Kami benar-benar berikan apa yang kami semua ada dalam kejohanan ini,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial miliknya.

Penerjun berusia 23 tahun itu juga mengucapkan terima kasih kepada rakan senegaranya iaitu Datuk Pandelela Rinong kerana menjadi pasangan yang sentiasa memahaminya.

“Kepada Datuk Pandelela Rinong, terima kasih kerana menjadi pasangan yang memahami. Ada beberapa perkara saya harap saya boleh lakukan dengan lebih baik tetapi nasib tidak menyebelahi kita.

“Terima kasih semua di atas kasih sayang dan sokongan yang anda berikan kepada pasukan terjun Malaysia. Saya akan terus bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan saya,” ujarnya.

Nur Dhabitah meraih perak dalam acara 3 meter (m) papan anjal individu dan 3m papan anjal seirama berpasangan dengan Wendy Ng Yan Yee manakala gangsa menerusi 3m papan anjal seirama campuran bersama Muhammad Syafiq Puteh.

(Visited 276 times, 1 visits today)

COMMENTS