Sulaiman dipaksa letak jawatan, UMNO mahu tukar Ketua Menteri Melaka?
Sulaiman dipaksa letak jawatan, UMNO mahu tukar Ketua Menteri Melaka?

Sulaiman dipaksa letak jawatan, UMNO mahu tukar Ketua Menteri Melaka?

Adun BN perlu membuktikan tiada usaha untuk menggulingkan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali, kata Adun Ayer Keroh Kerk Chee Yee mengulangi gesaannya.

Ini di tengah-tengah spekulasi bahawa Sulaiman telah dipaksa untuk meletakkan jawatan, dakwaan yang dinafikan Umno Melaka.

Kerk berkata apabila dakwaan serupa timbul dua bulan lalu, dia telah meminta kesemua 20 wakil rakyat BN untuk menolak dakwaan itu dengan memberi sokongan kepada Sulaiman yang merupakan Adun Umno Lendu.

Bagaimanapun, jelas Kerk BN telah melabelkan persoalannya itu sebagai “politik murahan”.

Kerk berkata ketika dakwaan serupa timbul dua bulan lalu, dia telah meminta kesemua 20 wakil rakyat BN untuk menolak dakwaan itu dengan memberi sokongan kepada Sulaiman yang merupakan Adun Umno Lendu tetapi BN telah melabelkannya sebagai “politik murahan”.

“Jika ia ‘politik murahan’, BN Melaka boleh dengan mudah menafikan ‘politik murahan’ itu dengan meminta 20 Adun gabungan itu menyatakan pendirian mereka,” katanya.

Kerk menegaskan Melaka tidak sepatutnya melihat satu lagi pusingan ketidakstabilan politik selepas pilihan raya mengejut tahun lepas.

Semalam, pemangku ketua Umno Alor Gajah Rospandi Leman mendakwa terdapat cubaan untuk memaksa Sulaiman meletak jawatan.

Pilihan raya negeri mendadak tahun lalu dicetuskan selepas empat Adun keluar daripada gabungan parti pemerintah, mengadu bahawa Sulaiman dikawal oleh ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf, yang merupakan Adun Tanjung Bidara, menafikan dakwaan itu.

Pada bulan Mac, muncul lagi dakwaan baru berlaku konflik antara Rauf dan Sulaiman.

(Visited 189 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )