'Superbugs' adalah ancaman manusia
‘Superbugs’ adalah ancaman manusia

‘Superbugs’ adalah ancaman manusia

RAMAI tidak menyedari jangkitan staphylococcus aureus yang tahan methicillin (MRSA), iaitu jangkitan penyakit yang sukar dirawat kerana tidak bertindak balas terhadap antibiotik sekali gus menjadi sebahagian daripada trend ‘superbugs’semakin meningkat.

Jangkitan bakteria yang tahan terhadap satu atau lebih antibiotik biasanya akan merawat bakteria. Malah, mana-mana bakteria boleh berubah menjadi ‘superbugs’.

Setiap seorang bertanggungjawab atas kewujudan ‘superbugs’, iaitu sejenis bakteria, parasit, virus dan kulat yang tahan terhadap kebanyakan antibiotik dan pelbagai ubat digunakan bagi merawat gejala penyakit.

Dekan Bersekutu Fakulti Sains Kesihatan bagi Hal Ehwal Penyelidikan dan Hubungan Luar Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof Dr Chin Beek Yoke, berkata mengikut kajian diterbitkan pada 2019 di dalam jurnal The Lancet, mendapati ‘superbugs’ menjadi punca kehilangan hampir lima juta nyawa di seluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai ‘superbugs’ akan menjadi ancaman kepada kesihatan manusia, di mana antibiotik baharu untuk melawannya tidak dapat dihasilkan tepat pada waktunya.

“Senario ini, kedengaran terlalu biasa dan sama dengan pandemik COVID-19, iaitu jangkitan cepat merebak ke serata dunia ketika kita ketiadaan ubat untuk melawannya.” katanya.

Apa itu ‘Superbugs’

Ia adalah istilah dicipta bagi menjelaskan bakteria yang tahan pelbagai ubat (MDR).

Prof Chin berkata, bakteria ini berupaya memintas kesan antibiotik, membiak dan boleh membiak secara tidak terkawal dalam perumahnya.

Bakteria salmonella sebagai contoh adalah jangkitan biasa, tetapi amat memudaratkan disebabkan makanan dan minuman tercemar dan penyakit batuk kering (tibi) yang tahan ubat.

“Bakteria sangat bijak. Ia mampu bermutasi untuk mengatasi keberkesanan antibiotik. Apabila bakteria mempunyai gen rintangan, ia boleh berganda secara menegak (membiak) atau mendatar, iaitu bergabung dengan spesies bakteria yang berbeza.

“Begitulah cara bakteria menyebarluaskan ciri rintangan pelbagai ubatnya secara semula jadi,” katanya.

Penyebab superbugs berleluasa

Beberapa punca utama ‘superbugs’ semakin berleluasa kerana terlalu banyak preskripsi dan pemberian antibiotik yang tidak perlu, jangkitan bakteria penggunaan antibiotik tidak diluluskan, bekalan pasaran gelap yang tidak cukup berkesan dan pesakit yang tidak menghabiskan antibiotik.

Contohnya, kes penyakit tibi, di mana strain bakteria tahan ubat menjadi bertambah buruk kerana pesakit tidak melengkapkan rawatan penyakit itu.

Pesakit diberikan rawatan salah (dos dan tempoh preskripsi ubat salah) dan tidak mendapat ubat-ubatan yang betul atau mengambil ubat daripada pasaran gelap.

Menurut Laporan Pengawasan Rintangan Antibiotik Kebangsaan 2020, diterbitkan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia, menyatakan kebanyakan kes MDR direkodkan terhad di wad perubatan, ortopedik dan pembedahan.

Tiada lagi bukti konkrit mengesahkan kewujudan MDR dalam masyarakat, namun ada peningkatan corak rintangan bagi beberapa antibiotik diuji ke atas strain bakteria yang berlainan.

Bukti anekdot turut mencadangkan tabiat yang menjadi pemula MDR, iaitu terlebih preskripsi antibiotik dan pesakit yang mendesak mahukan antibiotik walaupun tidak memerlukan.

“Tindakan seperti ini sebenarnya membuka laluan kepada terciptanya lebih banyak ‘superbugs’,” beritahu Prof Chin.

Simpan antibiotik

Beliau berkata, ramai yang tidak peduli untuk menghabiskan antibiotik.

“Ada masa kita merasakan gejala dihidapi sudah semakin baik, tetapi tiada bukti mengesahkannya sama ada bakteria sudah dibunuh sepenuhnya atau sebaliknya yang berlaku, iaitu ia terus membiak,” katanya.

Ada menyimpan antibiotik dan apabila tidak sihat mereka mengambilnya semula tanpa preskripsi doktor dan mengetahui sama ada mereka menghidapi jangkitan virus atau bakteria.

Pengambilan antibiotik tidak lengkap gagal menghentikan pembiakan bakteria. Ini membolehkan MDR berkembang dan membenarkan bakteria dalam badan membina ketahanan kepada ubat-ubatan.

Satu lagi masalah timbul ada sesetengah individu melupuskan lebihan antibiotik.

“Kita membuangnya ke dalam longkang atau ke dalam tong sampah. Lebihan antibiotik ini memasuki ekosistem kita, ke dalam tanah atau barangkali berakhir ke dalam sungai.

“Cara betul melupuskan lebihan antibiotik adalah dengan membawanya ke farmasi terdekat anda.

“Semua ahli farmasi berkemahiran dan mempunyai kelengkapan melupuskan ubat-ubatan lebihan dengan kaedah yang betul.” katanya.

Pencemaran antibiotik

Prof Chin berkata, selain pencemaran antibiotik, satu lagi sumber MDR adalah amalan meletakkan antibiotik ke dalam makanan haiwan dan ikan ternakan.

Apabila manusia makan produk keluaran ternakan, kita turut mengambil sisa antibiotik berada di dalam dagingnya. Pengambilan tanpa sengaja antibiotik ini boleh mengubah persekitaran normal bakteria di dalam badan dan mendedahkan seseorang kepada jangkitan bakteria pada masa hadapan.

Antibiotik itu yang boleh mengawal pembiakan bakteria dan ada ketikanya dalam beberapa jam terpaksa kerap menukar balutan luka,” katanya.

Jumpa doktor tepat pada masanya

Ada kes pesakit terdedah kepada ‘superbugs’ dan menjangkiti kaki, jika tidak mendapat antibiotik sesuai ia boleh menyebabkan kaki dipotong.

Dalam sesetengah kes, jika ‘superbug’ memasuki darah ia akan menjadi sistematik dan boleh membawa maut.

Hentikan pembiakannya

Bakteria tahan pelbagai ubat ada di mana-mana. Salah satu manfaat pandemik COVID-19 ia membantu meningkatkan penghayatan mengenai kebersihan.

“Tabiat ini memastikan permukaan terbuka sentiasa dilap dan hanya barang bersih yang masuk ke dalam rumah. Buah-buahan dan sayuran yang baru dibeli dibasuh sebelum disimpan dan dimasak. Ia menghalang bakteria daripada membiak,” katanya.

Selain itu, individu sepatutnya memakai kasut atau sarung kaki semasa berjalan-jalan di kawasan yang tanah dan airnya tercemar.

“Elak berjalan di kawasan tanah dan airnya kelihatan tidak bersih kerana MDR boleh melekat pada kulit dan memasuki tubuh melalui luka.

Perkara sama jika anda termakan bakteria. Perut lazimnya mempunyai asid perut yang mencukupi untuk membunuh bakteria dan di kebanyakan masa kita mempunyai sel imun semula jadi memadai untuk melawannya.

Namun begitu, orang yang mempunyai sistem imun lemah perlu lebih berjaga-jaga supaya tidak terkena jangkitan bakteria. Ini kerana sistem imun anda mungkin tidak berupaya untuk menyaingi pertumbuhan bakteria yang laju.

Satu cara paling ampuh melawan ‘superbugs’ adalah melalui pendidikan dan kesedaran. Orang ramai perlu memahami kenapa MDR wujud.

“Jika mereka tidak tahu, maka wujud ketakutan dan salah maklumat,” katanya.

(Visited 33 times, 1 visits today)

COMMENTS