Susun muzik guna handphone je – “Saya nangis edit video”

Susun muzik guna handphone je – “Saya nangis edit video”

Mendengar suara kedua-dua gadis ayu ini, ternyata ia begitu merdu dan mengasyikkan.

Dengan lirikan mata dan senyuman manis mereka, pasti menawan hati mereka yang menonton video nyanyian tersebut di laman sosial.

Siapa sangka gaya persembahan mereka yang bersahaja tetapi menghiburkan, mampu menyuntik semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-64 pada 31 Ogos ini.

Susunan muzik yang segar menggabungkan lagu-lagu patriotik – Malaysia (Faizal Tahir), Standing In The Eyes Of The World (Ella), Sehati Sejiwa (Alif Satar dan Gemersik Chorus) dan Satu Malaysia (Universiti Limkokwing) membakar lagi semangat kemerdekaan.

Kedua-dua gadis itu merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) di Tanjung Malim, Perak.

Salah seorang daripada mereka, Balqis ‘Aqilah Abd Rahim memberitahu, video tersebut merupakan rakaman nyanyian lagu-lagu patriotik bersama rakannya, Nurhuda Mohd Johan.

Gadis berusia 21 tahun berkata, dia dan Nurhuda, 22, adalah sebahagian daripada 16 anggota kumpulan nasyid perempuan di Upsi yang digelar sebagai Zahratunnida’.

“Lagu-lagu tu kami nyanyi sempena pertandingan nyanyian lagu patriotik anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Upsi yang boleh dilakukan secara solo atau duet.

“Pilihan lagu mestilah bertemakan patriotik dan kemerdekaan. empat lagu yang kami nyanyi mempunyai mesej tersendiri sempena Hari Kemerdekaan,” katanya kepada mStar.

gadis lagu patriotik 3

Balqis (tengah) bersama sebahagian anggota kumpulan Zahratunnida’.

Balqis berkata, idea memilih lagu Malaysia (Faizal Tahir) tercetus daripada penglibatan atlet negara yang bertanding di temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun, baru-baru ini.

“Bait lirik ‘Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga, Oh tanah airku’ menggambarkan atlet negara sehabis baik membuktikan mereka adalah terbaik, sama ada menang atau k4lah, ia merupakan peng0rb4nan mereka untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Lagu Standing In The Eyes Of The World (Ella) pula menyaksikan atlet-atlet yang memenangi pingat, malah walaupun penerjun negara, Nur Dhabita Sabri yang meraih tempat keempat tanpa sebarang pingat tetap menjadi kebanggaan negara,” ujarnya yang berasal dari Batu Pahat, Johor, sambil menambah Huda pula dari Muar.

gadis lagu patriotik 5

Balqis turut berkebolehan bermain gitar.

Mengulas lanjut, kata anak keempat daripada lima beradik itu, menerusi lagu Sehati Sejiwa, mereka cuba menyampaikan mengenai perpaduan dalam negara.

“Mesejnya adalah mengel4kkan jvrang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, sebaliknya kesemuanya menjadi kesatuan sebagai satu Malaysia.

“Manakala lagu Satu malaysia disimpulkan tanpa mengira latar belakang, sama ada atlet, ahli p0lit1k mahu orang biasa, kita semua masih sama sebagai rakyat Malaysia,” tambahnya.

Kami berharap apapun isu yang melanda Malaysia sekarang, kita semua tetap bersatu dengan semangat cintakan negara

BALQIS

Mengenai pembikinan video dan susunan muzik, Balqis berkata, ia dilakukannya sendiri bersama Huda dengan hanya menggunakan telefon pintar.

“Saya tak belajar dari mana-mana kelas muzik dari segi susunan muzik, tapi belajar menerusi YouTube dan senior-senior di Upsi serta menggunakan aplikasi,” katanya yang menyertai kumpulan nasyid Zahratunnida’ sejak 2019.

gadis lagu patriotik 6

Huda berasal dari Muar.

Dibayangi sebagai penyanyi nasyid, sudah tentu memberi cabaran kepada mereka untuk menampilkan kelainan dan berani mencuba sesuatu yang baharu.

“Saya sendiri menyanyi nasyid sejak darjah empat. Kalau nyanyi lagu biasa pun, orang kata dengar macam lagu nasyid. Jadi, kami menyampaikan lagu-lagu patriotik tanpa dibayangi kumpulan nasyid dan nak tunjuk bahawa penyanyi nasyid juga serba boleh.

“Paling tak dapat dilupakan apabila em0si saya tersentuh sampai menangis ketika mengedit video. Kami berharap apa pun isu yang melanda Malaysia sekarang, kita semua tetap bersatu dengan semangat cintakan negara,” katanya.

Kredit : MStar

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )