'Syabas, tidak pernah terima bantuan' - TMJ
‘Syabas, tidak pernah terima bantuan’ – TMJ

‘Syabas, tidak pernah terima bantuan’ – TMJ

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan syabas kepada Selangor FC (SFC) selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC , Dr. Johan Kamal Hamidon mendedahkan mereka tidak pernah menerima bantuan kewangan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu.

Menurut Johan, Selangor tidak pernah menerima sebarang bantuan sepanjang berada di bawah kepimpinan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Memandangkan ramai yang bertanya, saya ingin menjelaskan bahawa di bawah kepimpinan Tuanku RMS sejak Julai 2018, Selangor tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dari pasukan lain.

“Dana kelab hanyalah daripada penaja rasmi dan aktiviti pengkormesialan sahaja,” tulisnya di Twitter bagi menjawab pertanyaan mengenai isu tersebut.

Sabtu lalu, TMJ mendedahkan, beliau pernah membantu lima pasukan Liga Malaysia (Liga M) iaitu Selangor (dua kali), Penang FC, Kelantan FC, Melaka United dan terbaharu Perak FC berkaitan dengan isu gaji pemain.

Beberapa jam selepas penjelasan Johan itu, Tunku Ismail turut membuat penjelasan bantuan diberikan kepada Selangor ketika berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Subahan Kamal dari 2017 hingga 2018.

“Saya memberi bantuan pada masa Dato Subahan dulu. Zaman2 Selangor masih hebat dan champion.

“Sekarang ni semenjak Raja Muda Selangor ambil alih dgn expert bola sepak tanah air, dan terima banyak bantuan duit daripada kerajaan maka mereka tak perlu bantuan. Syabas saya ucapkan,” tulisnya. –UTUSAN

(Visited 67 times, 1 visits today)

COMMENTS