Syafiq Ahmad semakin 'rancak'
Syafiq Ahmad semakin ‘rancak’

Syafiq Ahmad semakin ‘rancak’

Penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad kini semakin menyerlah setelah membuat ‘comeback’ semula dalam kariernya apabila menjadi watak penting buat Harimau Malaya.

Pemain berusia 26 tahun itu yang kini kembali semula secara pinjaman ke pangkuan kelab lamanya dari JDT ternyata mengembalikan rentaknya apabila diberikan minit permainan yang secukupnya.

Malahan, beliau juga mendapat kepercayaan jurulatih untuk mengisi slot 25 orang pemain yang dibawa ke Singapura bersama-sama penyerang muda, Luqman Hakim Shamsudin untuk mengisi posisi penyerang dalam perlawanan persahabatan yang lalu.

Peluang ini jelas tidak disia-siakan oleh pemain kelahiran Sungai Ara, Georgetown ini setelah diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan negara bertemu Filipina.

Impak positif yang dibawa oleh Syafiq nyata memantapkan serangan Harimau Malaya dengan memainkan peranan selaku ’false 9’ dalam perlawanan tersebut.

Hasilnya, Syafiq berjaya mengatur gerak dengan melancarkan satu ‘counter attack’ pantas sebelum berjaya beri lorongan kepada Akhyar Rashid untuk mencetak gol kedua pasukan.

Menurut penganalisis sukan negara, Datuk Richard Scully, beliau merasakan bahawa impak yang diberikan oleh Syafiq setanding sumbangan Arif Aiman dan juga Luqman Hakim.

‘Bagi saya, pemain yang menyerlah ialah Arif Aiman, Luqman Hakim dan Syafiq Ahmad. Saya harap mereka diberi lebih banyak masa bermain pada masa akan datang,’ -Katanya.

Baca Juga :

3 Sebab Rodney Calvin layak dipanggil Skuad Kebangsaan

Azmeer Yusof Tarik Diri Tinggalkan BRM FC

(Visited 103 times, 1 visits today)

COMMENTS