Syed Saddiq cadang lima tempat makan wajib bila berkunjung ke Muar

Syed Saddiq cadang lima tempat makan wajib bila berkunjung ke Muar

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di media sosial sering turun padang di kawasannya dan kelihatan sangat rapat dengan penduduk tempatan.

Selain menyantuni penduduk, pengasas parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu juga dilihat menyokong perniagaan tempatan dengan mempromosikan tempat-tempat makan menarik sekitar Muar.

Menggunakan sepenuhnya ruang media sosial termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok, Syed Saddiq memperkenalkan beberapa tempat makan menarik ‘tersembunyi’ yang jarang diketahui orang luar.

Antara lima tempat makan menarik sekitar Muar mengikut saranan Syed Saddiq adalah :

1. Restoran Shuang Lim Muar

Restoran asam pedas dan kari kepala ikan itu dikatakan yang terbaik di Parit Jawa.

2. Otak-otak Cheng Boi

Terletak di Jalan Bentayan, Taman Sri Emas, isi otak-otak yang tebal dibuat daripada bahan-bahan segar seperti ikan kembung, udang atau sotong yang dicampur santan serta rempah dan dibalut daun kelapa sebelum dibakar.

3. Cafe 1988

Terletak di Taman Sri Maharani, Cafe 1988 mendapat inspirasi suasana kedai kopi di Jepun.

Konsep hiasan dalaman kafe dan menu pencuci mulut ‘hipster’ amat sesuai untuk dipotretkan di Instagram.

4. Ah Lai Rojak, Tanjung Emas

Ah Lai Rojak terletak di Medan Selera Tanjung Emas, turut menyajikan ais kacang, lai ci kang, dan yong tau fu.

5. Mi Siput

Muar terkenal dengan snek mi siput, diperbuat daripada tepung yang digoreng seperti keropok dan cicahan sambal pedas-manis. Ia mudah didapati sekitar kawasan itu jika anda turun singgah di Muar.

Juga boleh ke aplikasi TikTok beliau :

@syedsaddiq

Jom turun Muar makan makan! 🥘🍛 ##ilovefood ##makan

♬ Sunday Best – Bad Behaviour

part 2

@syedsaddiq

Makan makan Muo Part 2! Highly recommended for a full course date 🤩 ##ilovefood ##makan

♬ Pumped Up Kicks – Foster The People

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )