Tahanan mati akibat penyakit jantung - Polis
Tahanan mati akibat penyakit jantung – Polis

Tahanan mati akibat penyakit jantung – Polis

PETALING JAYA: Polis berkata kematian lelaki dalam tahanan pada 14 Feb lalu akibat penyakit jantung atau arteri koronari.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad berkata, punca kematian lelaki berusia 39 tahun itu diperoleh selepas bedah siasat dijalankan hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Bagaimanapun, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum hasil diserahkan kepada koroner,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan orang kena tahan (OKT) itu ditahan kira-kira 4.45 petang 14 Feb lalu.

Azri dalam kenyataan sebelum ini berkata, OKT yang mempunyai satu rekod dikehendaki berkaitan kes dadah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Gombak untuk siasatan lanjut.

“Pada pukul 5.30 petang semalam (kelmarin), OKT terbabit mengadu sesak nafas dan pihak hospital dihubungi untuk membawanya ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan.

“Kira-kira pukul 6.30 petang, OKT disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan namun punca kematian belum diperoleh,” katanya.–FMT

(Visited 20 times, 1 visits today)

COMMENTS