Tak pernah Speaker Dewan Rakyat diusir sejak 800 tahun lalu
Tak pernah Speaker Dewan Rakyat diusir sejak 800 tahun lalu

Tak pernah Speaker Dewan Rakyat diusir sejak 800 tahun lalu

Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata apa yang berlaku dalam situasi politik negara ketika ini adalah perkara yang berada di luar kebiasaan.

Mengulas persoalan penukaran beliau selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau berkata selama 800 tahun tidak pernah berlaku keadaan yang menyaksikan Speaker diusir sebelum tamat tempoh perkhidmatannya.

Menurutnya, jikalau ada pun hanya pada tahun 1990 di mana waktu itu Trinidad dan Tobago mengusir Speaker mereka kerana melakukan kesalahan rasuah.

“Apa yang berlaku sekarang di luar keadaan biasa. Saya tak tahu sama ada terdapat negeri-negeri lain yang melakukan perkara sebegini.

“Tobago mengusir Speaker pada tahun 1990 kerana Speaker itu lakukan kesalahan rasuah.

“Tapi tak ada apa-apa contoh lain. Selama 800 tahun tak pernah berlaku Speaker diusir sebelum tamatnya tempoh Parlimen. Ini sepatutnya menajdi amalan negara Komanwel,” katanya dalam sidang media selepas beliau digugurkan dari jawatannya.

Sehubungan dengan itu, Mohamad Ariff telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Setiausa Dewan yang dimumkan semasa sidang Parlimen sesi petang.

Terdahulu, Perikatan Nasional berjaya menggugurkan Mohamad Ariff dan Timbalannya, Nga Kor Ming dari kerusi yang diduduki mereka.

Seramai 111 ahli Parlimen bersetuju agar kerusi tersebut dikosongkan dengan 109 ahli Parlimen yang lain menolak cadangan berkenaan melalui undi belah belah bahagian yang diputuskan tadi.

Dalam perbahasan usul sidang pertama pagi tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kerajaan membawa cadangan berkenaan atas alasan mempunyai calon lain untuk menggantikan Speaker sedia ada.

Ketika ini bekas Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu dengan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai timbalannya.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS